Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Friday, September 16, 2011

Manfaat bekam


MANFAAT BEKAM

Allah SWT berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 80, "Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan." Rasulullah saw. bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, "Setiap penyakit ada ubatnya, apabila tepat ubatnya maka sembuh penyakitnya atas izin Allah 'AzzawaJalla."

Bekam memiliki fadhilah tersendiri yang tidak dimiliki oleh pengubatan modern. Pada masa ini di antara keutamaannya adalah sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadits :

1. Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al-hijamah." (HR. Ahmad)

2. Rasulullah saw. bersabda, "Pengubatan yang paling sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah." (HR. Muslim)

3. Rasulullah saw. menyebutkan tiga pokok penyembuhan, "Kesembuhan boleh diperolehi dengan tiga cara yaitu sayatan pisau atau jarum bekam, tegukan madu dan sundutan api (kay / khay), namun aku tidak menyukai berubat dengan sundutan api (kay / khay)." HR. Bukhari - Muslim.

4. Dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw. bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al hijamah) karena ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot yang kaku dan mempertajam pandangan mata terhadap orang yang dibekamnya." HR.Tirmidzi.

5. Dari Ka`ab bin Malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya “apakah ini ?” Wanita itu menjawab “hadiah”. Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda “hentikan”, kemudian baginda bertanya kepada wanita itu, “Apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab “ya” Baginda bertanya lagi “mengapa?” wanita itu menjawab “aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi s.a.w. pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam…

6. Ibnul Qoyyim berkata “ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam”

7. Demikianlah antara bukti betapa besarnya kepentingan rawatan bekam terhadap kesihatan tubuh badan, sehinggakan Rasulullah melakukan rawatan bekam untuk mengelak dari keracunan dan turut memerintahkan para sahabat untuk berbekam agar terselamat dari racun yang diserapkan dalam daging kambing tadi.

8. Langkah paling utama untuk menangani orang yang sedang keracunan adalah dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Antara rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka, adalah dengan berbekam mengikut kaeda-kaedahnya. Sihir dan saka yang berasal dari gangguan jin, akan mengalir dalam salur urat darah sehinggalah menuju ke kepala, dan akan menghasilkan pelbagai halusinasi dan gambaran-gambaran yang menakutkan dan mengganggu pesakit. Maka, dengan berbekam dikawasan kepala (ubun-ubun & tengkuk) akan dapat merawat masalah tersebut.

Rawatan tubuh dengan cara berbekam memberi banyak kebaikan kepada manusia di antaranya ialah menjaga kesehatan tubuh, menghilangkan letih, lesu, meningkatkan daya tahan tubuh, membuang angin dalam badan, membuang darah yang mengandung sisa toxid (racun), sakit bahu, alergi, perut kembung, sesemut, asam urat, kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan (hipertensi), strok, sakit pmggang, ginjal, dll.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...