Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Saturday, January 26, 2013

Cerita-Cerita Bekam

Assalamualaikum / salam sejahtera...

Sejak saya menjadi jurubekam, banyak soalan yang ditanya oleh pesakit. Antara soalan yang biasa ditanya:

1. Sakit ke bekam?
    Tak sakit pun...rasa macam kena gigit semut je. Yang penting semasa berbekam, badan kena tenang.

2. Kalau berbekam darah, habis la darah saya?
    Errkkk....darah takkan habis sebab permukaan kulit yang dicucuk dengan jarum terlalu kecik. Mana
    mungkin semua darah dalam badan boleh keluar dalam lubang sekecil tu...

3. Boleh terus elok ke lepas berbekam ni?
    Tiada jaminan dari saya sebab yang memberi keizinan untuk sembuh ialah Allah. Saya hanya boleh jawab
    insyaAllah.

4. Macam mana awak boleh tau hanya darah kotor je yang keluar?
    Sebab darah kotor berada dibawah permukaan kulit. Jarum yang digunakan tak sampai pun nak cucuk 
    sampai ke urat darah

5. Jarum awak ni pakai berulang kali ke?
    Mustahil saya pakai berulang kali...saya pakai buang. 1 pesakit untuk 1 jarum SAHAJA.

Wallahua'lam

Friday, January 11, 2013

Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol

Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA - Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.


Wallahua'lam

Thursday, January 10, 2013

Komen Pesakit Badan Lesu, Sukar Bangun Tidur

Sebelum ni beliau tak pernah berbekam. tak percaya pada perubatan terapi bekam...tapi sekali bekam...huuu....mantappppp

Sunday, January 6, 2013

Toksin


Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin:

* Kerap sakit kepala.
* Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
* Susah bangun tidur.
* Bahagian keliling mata gelap.
* Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
* Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
* Sinus.
* Berat badan meningkat.
* Kehadiran selulit.
* Masalah jerawat dan banyak lagi.

Wallahua'lam

Tuesday, January 1, 2013

~Muhasabah Diri 2013

Yang PALING JAUH adalah MASA LAMPAU..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkar.

Yang PALING BESAR adalah NAFSU kita…
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsu.

Yang PALING BERAT adalah AMANAH (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnya.

Yang PALING RINGAN adalah SOLAT..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Kerana tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllah.

Yang PALING TAJAM adalah LIDAH..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2.
 
2012 telah kita tinggalkan dengan kenangan pahit & manis. Segala apa yang telah kita lalui, jadikan pengajaran, tauladan dan garis sempadan. Tak mungkin kita akan berjumpa lagi 2012, yang didepan ialah 2013, jangan sia-siakan 2013 jika 2012 telah hancur kita kerjakan. Jadikan 2013 lebih cemerlang jika 2012 telah kita usahakan sebaik mungkin.
Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...