Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Monday, February 25, 2013

Insomnia dan Bekam

Insomnia adalah keadaan kebiasaan sukar untuk tidur malam, kesukaran tidur malam selama sebulan penuh di sebut sebagai keadaan insomnia kronik. Bagi orang Amerika hampir 40 juta orang Amerika menderita insomnia.

Insomnia biasanya berupa kesukaran tidur dan atau kesulitan tidur kembali setelah terbangun waktu malam.
Insomnia memang dapat membuat orang tertekan tapi tidak berbahaya selama hanya berupa gangguan sementara.

Insomnia kronik dapat menunjukkan keadaan masalah kesehatan serius. 50 % masalah insomnia biasanya disebabkan keadaan :

1. tertekan
2. stress
3. gangguan psikologi
4. kesedihan bahkan dapat juga disebabkan masalah fizikal seperti artritis
5. asma
6. kelelahan kronik
7. hipoglisemia
8. hipertiroid
9. kandungan kafein
10. jet lag

Kandungan ubat jantung juga dapat menyebabkan insomnia demikian pula dengan kandungan ubat demam ataupun terapi hormon.
Kekurangan nutrisi seperti Kalsium dan Magnesium di katakan merupakan penyebab insomnia dan juga kebiasaan hidup yang tidak aktif.

Keadaan insomnia selain boleh terjadi kerana sebab di atas juga dapat menjadi penyebab penyakit di atas. Dalam buku yang ditulis oleh Prof.Dr. Lumbantoruan tentang masalah gangguan tidur termaktub penjelasan bahawa gangguan tidur yang parah akan menyebabkan tubuh kehilangan kemampuan untuk membaik pulih diri sendiri atau mengganggu proses homeostasis tubuh.

Bagaimana terapi bekam dapat bekerja untuk mengatasi gangguan tubuh ?

Untuk masalah kekurangan Kalsium dan Magnesium tentunya bekam tidak dapat berbuat apa-apa selain pesakit harus mendapat sumber nutrisi tersebut.
Fungsi terapi bekam disini ialah mengeluarkan segala darah kotor pada titik-titik tertentu dari bawah kulit pesakit dan menggantikannya dengan darah baru secara automatik.
Dengan terapi bekam juga, otot-otot pada titik-titik bekam tersebut akan berada dalam keadaan rehat.

Darimana kalsium dapat diperoleh secara alamiah ? Sayur hijau merupakan sumber kalsium yang paling baik.Demikian juga untuk magnesium.

Wallahua'lam

p/s: Untuk sebarang pertanyaan & temujanji rawatan terapi bekam, boleh call @ SMS @ Whatsapp @ viber di +6019-3883258.

Thursday, February 14, 2013

Angin Dalam Badan




Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Makanan yang menyebabkan angin dalam badan:


a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju
Pencegahan:
1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Wallahua'lam

Monday, February 11, 2013

Ghurah - Hadith Nabi s.a.w

 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu,jangan kamu bunuh anak-anak kamu.Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india,dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut,lalu bayi itu sembuh... ( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.

Rawatan Ghurah Untuk Pesakit Resdung @ Mencuci Suara



ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya
resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak

Saya menawarkan rawatan secara membuang lendiran didalam rongga hidung atau dikenali sebagai gurah disusuli dengan kaedah terapi lilin yakni menyedut hama didalam lapisan kulit muka.1 sesi hanya RM40. 

Lokasi saya di Equine Park, Seri Kembangan. Ada kalanya saya akan berada di Melaka, ada masanya saya akan berada di Perak.

Boleh telefon / SMS / whatsapp / viber saya di 0193883258 untuk temujanji @ pertanyaan.

Friday, February 8, 2013

Sakit Belakang - Cakera Tergelincir a.k.a Slip Disc


SAKIT pada belakang badan merupakan sakit yang kerap berlaku pada setiap orang dewasa. Lazimnya, seseorang itu akan mengalami episod kesakitan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Namun, ramai dalam kalangan kita mengambil ringan terhadap sakit belakang. Walaupun kebanyakan sakit belakang tidak mengundang bahaya atau membawa maut, ia wajar mendapat perhatian yang teliti sekiranya berterusan.
Antara penyebab sakit belakang yang sering berlaku ialah slipped disc atau cakera tergelincir. Ia boleh terjadi pada mana-mana kedudukan antara 33 vertebra yang membentuk tulang belakang.

“Cakera sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian luarnya yang seperti getah dan dipanggil anulus fibrosus manakala bahagian tengah seperti gel pula dipanggil nukleus pulposus,” ujar Pakar Ortopedik, Trauma dan Pembedahan Tulang, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Joseph Yap Chong Kiat.
Cakera tergelincir sebenarnya merujuk pada keretakan dan koyakan pada bahagian anulus. Ia menyebabkan nukleus tertolak ke dalam keretakan atau koyakan itu lalu menyebabkan cakera membonjol.
Kebanyakan kes cakera tergelincir terjadi disebabkan kecederaan akibat hentakan akibat terjatuh atau mengangkat beban yang berat.

“Ia juga boleh berlaku akibat kecederaan ringan yang berterusan yang dipanggil RSI (repetitive stress injury).
“Contohnya, duduk atau memandu dalam kereta berterusan selama berjam-jam. Dalam keadaan sebegitu, tekanan boleh berlaku pada cakera. Ia menyebabkan ketegangan yang seterusnya mengakibatkan anulus koyak sedikit,” terangnya.

Tambahnya, kesakitan yang dialami boleh berlarutan sehingga beberapa jam, berhari-hari atau berlanjutan sehingga beberapa bulan.
Sokongan tubuh
Menurut Joseph, tulang cakera merupakan satu fibrocartilage (rawan berserat) yang berada di antara vertebra tulang belakang.
Cakera tersebut membantu memberikan sokongan kepada badan, menolong menahan berat badan serta berfungsi untuk mengurangkan geseran di antara vertebra.

“Apabila menyentuh soal slipped disc, ramai yang beranggapan bahawa perkataan slipped yang digunakan itu memberikan maksud cakera tersebut teranjak dari tempatnya.
“Sebenarnya, itu tidak berlaku kerana cakera itu sudah tetap kedudukannya pada tulang belakang.
“Apabila cakera itu membonjol ke belakang, mungkin dalam hasil imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) menunjukkan seperti bentuk yang berselisih. Mungkin kerana itu, orang fikir cakera itu teranjak dari kedudukannya, sebenarnya ia bonjol dan bengkak.
Katanya, secara am, cakera gelincir atau PID (Prolapsed Intervertebral Disc) lazim berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan berlaku ke atas orang dewasa berusia 30 hingga 50 tahun.
Mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun atau 70 hingga 80 tahun mengalami kesakitan bahagian belakang, kebanyakannya bukan PID.

Sungguhpun begitu, katanya, jangan sekali-kali memandang ringan jika kanak-kanak mengalami masalah sakit belakang kerana sesuatu yang serius mungkin berlaku.


“Masalah ini jarang dilihat dalam kalangan golongan tua kerana bahagian nukleus seperti gel sudah menjadi semakin kering apabila seseorang itu berusia melebihi 50 tahun.
“Ia tidak dapat menyerap hentakan atau mengalir keluar seperti yang terjadi kepada golongan dewasa yang lebih muda,” katanya sambil memberitahu jika sakit belakang berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah lain seperti kemerosotan tulang, osteoporosis, spondilolistesis atau barah tulang.

Berat badan

Ujar Joseph, berat badan berlebihan juga merupakan faktor risiko yang menambahkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan pada cakera selain jenis pekerjaan dan kegiatan sukan lasak.
Joseph menerangkan, jika kesakitan yang dialami seseorang itu melebihi seminggu dan tidak hilang apabila menjalani rawatan biasa seperti makan ubat dan berehat, seseorang itu disarankan untuk berjumpa doktor.
“Biasanya, doktor akan menjalankan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit dengan mengambil kira faktor usia, rekod kecederaan akibat terjatuh atau mengangkat benda berat. Doktor juga perlu mengetahui bahagian yang sakit dan kebarangkalian kesakitan tersebut berpindah ke punggung, paha atau ke kaki sepenuhnya.

“Ia memberikan gambaran kepada doktor dan daripada situ doktor akan melakukan beberapa ujian ringkas ke atas pesakit seperti SLR (straight leg raising),” ujarnya.

Ujian SLR dilakukan dengan mengangkat kaki pesakit tanpa membengkokkan lutut. Jika rasa sakit seseorang pesakit itu bertambah, ia menunjukkan berlaku tekanan pada saraf tulang belakang.
Secara am, 90 peratus sakit belakang boleh dirawat secara konservatif, iaitu dengan ubat dan fisioterapi tanpa sebarang prosedur invasif yang memerlukan suntikan dan pembedahan.
Rawatan
Joseph memberitahu, doktor sentiasa cuba untuk memberikan ubat dan rawatan fisioterapi terlebih dahulu bagi melegakan kesakitan yang dialami pesakit. Pada masa yang sama memantau perkembangan mereka.


“Jika kesakitan berlarutan melebihi enam minggu walaupun diberikan rawatan, maka prosedur invasif dilakukan. Namun, kadang kala rawatan invasif perlu lebih awal sekiranya kesakitan keterlaluan.
“Walaupun kita sudah mengeluarkan bonjolan cakera yang menekan saraf, cakera tersebut tidak seperti cakera normal dan dianggap sedikit lemah berbanding disc yang lain,” jelasnya sambil memberitahu senaman boleh mengelakkan cakera tergelincir daripada berlaku kerana berat badan ditampung oleh otot dan tulang.
Senaman yang betul boleh membuatkan otot belakang menjadi kuat dan mereka yang selalu bersenam kurang mengalami masalah tersebut.

Walau apapun, Joseph menasihatkan orang ramai yang mengalami sakit belakang yang berterusan agar merujuk kepada doktor.
“Kita pasti tidak mahu terlepas pandang sesuatu yang mungkin berbahaya seperti jangkitan kuman pada tulang belakang, barah tulang atau sakit buah pinggang.
“Bukan semua sakit belakang disebabkan masalah pada tulang. Kita perlu tahu puncanya lebih-lebih lagi apabila berlaku simptom-simptom sistemik seperti penurunan berat badan, kurang selera makan, sentiasa letih dan demam.

Artikel Penuh: Klik sini

Thursday, February 7, 2013

Habbatussauda' - Raja Ubat

Habbatussauda' - Raja Ubat

Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:

“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).

Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).

Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.

Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.
Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya:  

“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).

Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata:  

“Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”

Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:

 “Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.

Antara Khasiat Habbatussauda:

1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.

Wallahua'lam

p/s: Bagi yang berminat untuk mendapatkan kapsul habbatussauda' samada dalam bentuk serbuk atau minyak, boleh lihat pada panel sebelah kanan blog saya ini dengan harga yang berpatutan. Boleh COD atau pos terus kerumah anda. Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh telefon / SMS / Whatsapp / Viber di 0193883258.

Friday, February 1, 2013

Minyak Zaitun


Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di Roma pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa pengarahan dan keputusan bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesites, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun Mengurangi Kolesterol Berbahaya

Berbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menafikan keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol berbahaya, tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.

Minyak Zaitun Mengurangi Risiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah.

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan Disember tahun 1999 M di Majalah AMJ CLIN NUTRL para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun akan dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya pembekuan darah, dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung.

Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik. Baru-baru ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Ia juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

Dari sudut Agama

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun  yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.

 
Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin
Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."

Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dankering. 

Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit. Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.
 
Dari Sudut Saintifik

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Menurut al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."


Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.

Khasiat Minyak Zaitun menurut
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah
bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh sebab itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun semua jenis minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan.Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan
tersendiri dari sudut kesihatan.



Minyak masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Melihat pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.
 
Wallahua'lam

P/S: BOLEH HUBUNGI SAYA 0193883258 UNTUK PEMBELIAN KAPSUL MINYAK ZAITUN. SILA LIHAT PADA PANEL SEBELAH KANAN UNTUK HARGA MINYAK ZAITUN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...