Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran kami ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

No 103 Jalan LEP 1/5,
Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300,
Seri Kembangan, Selangor.
(2.991671, 101.653119)

**Berhampiran Giant Equine Park / Aeon Equine Park / Pasar Borong Selangor / Sempadan Puchong, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 1030pg - 10mlm malam

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi kami atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258
Kamalia Arsat (Perawat wanita) : 013-2111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : www.facebook.com/bekamcupping
www.facebook.com/bekam4u


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/bekamcupping untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Friday, August 28, 2015

MENDERITA KENCING MANIS SELAMA 8 TAHUN, AKHIRNYA SEMBUH!!

[MENDERITA KENCING MANIS SELAMA 8 TAHUN, AKHIRNYA SEMBUH!!!]

Pesakit lelaki berusia 50an, disahkan oleh doktor mengidap kencing manis sejak berumur 40an lagi atas faktor pemakanan yang diluar kawalan.

Allah temukan kami pada suatu hari, dan saya usulkan kepada beliau untuk menjalani rawatan hijamah ODT (Oxidant Drainage Therapy) dengan kekerapan seminggu sekali.

Alhamdulillah, selesai rawatan kali ke-6, beliau menjalani rawatan pemeriksaan glukosa sekali lagi dan terkejut kerana kadar glukosa beliau turun kepada 6.5!!!

Allah menyembuhkan beliau dengan asbab rawatan ODT.

Sabdab Rasulullah s.a.w,"Pengubatan yang terbaik untuk umat aku lakukan ialah hijamah."

Anda ada ibu / bapa / suami / isteri / saudara mara / kawan-kawan yang mengalami penyakit kencing manis???


KOLESTEROL KEMBALI KE PARAS NORMAL!!

[KOLESTEROL KEMBALI KE PARAS NORMAL!!!]

Pesakit lelaki berumur 34 tahun, disahkan oleh doktor pakar di Hospital Pakar KPJ Kajang mengalami kolesterol yang tinggi dengan bacaan 7.5.

Beliau datang berjumpa saya & bertanya tentang rawatan Hijamah ODT (Oxidant Drainage Therapy) untuk masalah kesihatan beliau.

Alhamdulillah, selepas 2 kali rawatan sahaja, kolesterolnya turun mendadak ke paras normal!!! Bacaan selepas rawatan 4.1!!!

Beliau kini tak perlu makan ubat dari hospital!!!

Sabda Rasulullah s.a.w,"Pengubatan yang terbaik untuk umat aku lakukan ialah hijamah."
Anda ada ibu bapa / suami / isteri / saudara mara / kawan kawan yang mengalami masalah yang sama; kolesterol tinggi?

Tag nama mereka disini & katakan pada mereka, penawar untuk masalah sudah dijumpai!!!

***Keputusan dari makmal hospital pakar juga disertakan untuk bukti klinikal, bukan hanya cakap-cakap kosong tanpa bukti klinikal***

Thursday, July 30, 2015

Sakit Pinggang & Punca

1. Masalah Pergerakan
     -Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

2. Kecederaan
     -Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.

3. Penyakit
    -Scoliosis; Ini menyebabkan lengkunan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua),

    -Spondylolisthesis; Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)

    -Spinal stenosis;  Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.

    -Endometriosis; satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.

    -Fibromyalgia;  keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.

    -Penghidap batu karang; ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya

    -Semasa dan selepas seseorang mengandung

4. Jangkitan dan Barah
    -Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apaibla melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).

5. Tekanan diri (Stress)
    -Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang, dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.




Thursday, July 23, 2015

Rawatan Slipped Disc

PUNCA SLIPPED DISC

Terdapat berberapa punya dan faktor belakunya sakit belakang(slipped  disc) ini, seperti buah pingang yang lemah dan sejuk, kecederaan fizikal dan tekanan tidak sekata pada disc. Slip disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahaigan organ dan tisu yang lain di sekeliling disc rosak. Ini menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar.

Tidak ada penyebab yang 100% pasti kenapa ianya terjadi, Namun sebahagian beras kes slipped disc disebabkan usia. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.
Faktor-faktor dibawah ini dapat meningkatkan tekanan dan ketengangan pada tulang belakang anda.
  • Pekerjaan yang melibatkan anda menangkat beban yang berat.
  • Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi,lori dan lain-lain)
  • Berat badan yang berlebihan
  • Menyertai sukan angkat berat.
  • Mempunyai kecederaan belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta dan kecederaan sumsum tulang belakang.
  • Bersifat suka membongkok.
  • Perokok.

Semua pekara atau situasi diatas dapat melemahkan tisu disc. Yang boleh menyebabkan slipped disc. Jika anda mempuyai faktor-faktor yang digambarkan diatas anda dan mencari rawatan alternatif yang tebaik anda boleh datang ke pusat rawatan kami di Seri Kembangan, 7 hari seminggu dari 1030pg - 10mlm. Rawatan adalah untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim.







Wednesday, July 8, 2015

Penawar Untuk Batu Karang

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Faktor Risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

ODT / Oxidant Drainage Therapy Untuk Penyembuhan Total.

Oksidan / radikal bebas yang berkumpul didalam tubuh manusia menghalang pengaliran darah yang bernutrisi untuk dihantar ke organ-organ tertentu & secara tidak langsung, batu karang terbentuk secara perlahan-lahan.
Dengan cara ODT, batu karang dapat dikeluarkan secara alami, iaitu melalui air kencing.
Berikut adalah testimonial yang dapat disembuhkan dengan asbab ODT





Hubungi saya, Mohd Zaifan di 0193883258 untuk sesi rawatan ODT, insyaAllah untuk semua jenis penyakit kronik & kritikal, untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim ni Seri Kembangan dari pukul 10pg ~ 10mlm 7 hari seminggu.

Wednesday, May 7, 2014

Kebas Kaki

[TIADA LAGI RASA KEBAS SEMASA SOLAT JUMAAT!!]

Rasa kebas kaki semasa khutbah Jumaat bukan sesuatu yang seronok. Seringkali mencari tembok kerana pinggang lenguh, duduk saf paling tepi sebab senang nak berlunjur.

Tak cuba gabungan terapi pembetulan tulang & bekam pada point mujarab kami, tak tau. Dah cuba, hasilnya, WOWWW!!! TIADA LAGI KEBAS KAKI!!!

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.







Sakit Pinggang

Datang dengan sakit pinggang, tak boleh duduk lama, dalam hanya 1 1/2 jam, gabungan rawatan urut pembetulan tulang & bekam pada point-point tertentu, terus lega...kesakitan yang dialami selama ini terus hilang.

Kami bukan buat magic, tapi itu adakah kenyataan rawatan yang kami berikan. Kami hanya usaha, selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa.

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Jangan biarkan kesakitan menghantui tubuh andaaa~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...