Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Wednesday, November 30, 2011

Hemoglobin @ Heme


Assalamualaikum w.b.t

Al-Hijamah @ bekam berkait rapat dengan darah. Tetapi adakah kita tahu apa yang terkandung dalam darah? Adakah kita faham apa itu darah? Apakah kita tahu apa yang darah kita bawa? Adakah kita faham fungsi darah?

Entri pada hari ini, saya cuba untuk merungkai serba sedikit tentang salah satu kandungan di dalam darah; HEMOGLOBIN. Anda faham apa itu hemoglobin? Anda tahu apa fungsi hemoglobin?

Hemoglobin atau Hb merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).


Paras hemoglobin yang tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi palsu yang hilang apabila kandungan air bertambah. Sebab lain adalah penyakit paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan penyalahgunaan hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan meningkatkan prestasi dalam acara sukan masing-masing.



Itu serba ringkas yang perlu anda tahu apa itu hemoglobin. Terfikir dalam minda saya, pentingkah hemoglobin? Apa akan jadi kalau tiada hemoglobin dalam darah?
Anda tahu apa itu Anemia? Hemoglobin & Amenia berkait rapat antara satu sama lain.

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

1.kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama)

2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis)

3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Apakah tanda-tanda dan simptom anemia?

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.


Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Setakat itu sahaja yang dapat saya rungkaikan secara ringkas apa itu hemoglobin.
Sedar atau tidak, sistem tubuh adalah berkait rapat antara satu sama lain. Itu lah unik, indah dan sempurnanya makhluk cipataan Allah yang bergelar manusia.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya, setiap yang berlaku ada penyebabnya. Adalah tugas kita sebagai manusia untuk berfikir dan mencari jawapan. Jazakallahu khairan. Wassalam

Tuesday, November 29, 2011

Sakit Pinggang & Terapi Bekam



Kaedah bekam ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah dengan izin Allah pinggang akan lega serta merta setelah tamat rawatan atau terapi bekam.

TIPS:
Jangan perlekehkan cara duduk anda. Untuk mengurangkan tekanan, duduk tegak dengan pinggul dan lutut kekal dalam kedudukan 90 darjah. Untuk mengelakkan anda duduk dengan malas, letakkan kaki di atas blok setinggi satu atau dua inci dan jarakkan kedudukan kedua-dua buku lali kira-kira selebar bahu.

Jika anda bekerja sambil duduk, ambil masa beberapa minit untuk merehatkan dan meregangkan pinggang, segala sendi dan tulang belakang setiap setengah jam dengan berdiri atau lakukan senaman regangan beberapa minit.



Cara betul ketika mengangkat barang:
1. Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.
2. Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
3. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
4. Pastikan belakang anda tegak.
5. Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
6. Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
7. Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
8. Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.



Cara salah atau perlu dielakkan:

1. Jangan angkat barang yang terlalu berat.
2. Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.
3. Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.
4. Jangan angkat berat melebihi kepala.
5. Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak.
6. Agihkan berat beban. Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.
7. Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.
8. Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.

Monday, November 21, 2011

Bekam Tanduk




Berbekam atau menghisap darah merupakan satu aktiviti yang biasanya dibuat setiap tahun sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Ia adalah persediaan bagi orang-orang yang akan menjalani ibadah puasa. Adalah dipercayai bahawa sesuatu penyakit itu dapat dihilangkan dengan cara berbekam atau mengeluarkan darah-darah dari kepala atau dari mana-mana bahagian tubuh seseorang. Selain daripada bahagian belakang kepala, bahagian-bahagian yang biasanya dituris untuk tujuan bekam ialah, bahu, lutut, pinggang dan di perut betis atau "anak anjing". Tempat-tempat ini dipercayai sebagai tempat terkumpulnya darah penyakit atau darah kotor.
Berbekam biasanya dibuat pada awal pagi iaitu sebelum orang yang akan dibekam itu mandi dan bersarapan. Ini adalah bagi menjamin pengaliran darah penyakit keluar lebih banyak dari masa-masa lain.
Sebelum berbekam, sebaiknya senaman dilakukan agar perjalanan darah di dalam badan menjadi licin dan mengalir keluar dengan mudah apabila dihisap oleh tukang bekam. Tukang bekam akan membawa bersamanya alat-alat yang akan digunakan dalam kerja-kerja membekam seperti pisau cukur, tanduk lembu, lilin, besi pencucuk lilin, sabut kelapa atau kain buruk dan beberapa biji tempurung.
Kebiasaannya setiap orang akan berbekam akan membawa sebutir tempurung jantan yang tidak berlubang. Darah yang akan keluar apabila dibekam akan dimasukkan ke dalam tempurung tersebut dan ditanam ke dalam tanah. Darah dari proses bekam itu akan ditanam di tempat-tempat sejuk di bawah pokok nipah atau pokok pisang. Adalah dipercayai bahawa orang yang berbekam itu akan berasa sejuk sepanjang hari.
Sebelum berbekam, seseorang itu perlu berada pada keadaan tenang dan berniat bahawa berbekam itu adalah satu ibadat sunat. Adalah difahamkan bahawa amalan berbekam ini pernah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan dilakukan oleh orang-orang Islam sebagai cara untuk mengeluarkan penyakit. Hampir lapan ratus tahun dahulu apabila orang-orang Melayu menerima ajaran Islam, mereka juga turut menerima amalan berbekam daripada orang-orang Arab tetapi menggunakan cara atau kaedah orang Melayu sendiri.
Kebiasaannya rambut di bahagian belakang kepala akan dibekam di cukur seulas mulut tanduk iaitu lebih kurang dua inci persegi. Mulut atau pangkal tanduk lembu akan diletakkan di tempat yang akan dibekam. Tukang bekam akan menghisap darah dari lubang kecil di hujung tanduk hingga wujud hampagas di dalam tanduk dan tanduk itu akan melekat di kepala. Lubang kecil di hujung tanduk itu akan ditutup dengan lilin.
Selepas beberapa minit, tanduk itu akan ditanggalkan dengan mencucukkan lilin yang melitupi lubang di hujung tanduk itu dengan sebatang besi sebesar paku kecil. Bahagian kepala yang sudah dibekam akan membengkak dan meninggalkan kesan sebesar keluasan mulut tanduk tersebut. Kulit kepala akan dituris dengan pisau penyukur sekurang-kurangnya sebelas turisan. Setiap turisan itu sepanjang satu milimeter dan hanya melukakan kulit sahaja. Kulit kepala yang ditoreh itu tidak akan berasa sakit kerana kulit kepala menjadi tegang akibat daripada hisapan tukang bekam.
Tanduk akan dilekapkan semula di atas turisan. Hisapan akan dibuat sekali lagi oleh tukang bekam untuk mewujudkan hampagas di dalam tanduk. Hampagas atau vakum yang tercipta di dalam ruang tanduk akan menyebabkan darah mengalir keluar dan terkumpul di dalam tanduk.
Orang yang berbekam perlu berada dalam keadaan menunduk kepalanya ke bawah supaya tanduk yang kian dipenuhi oleh darah dapat diimbangi dengan sempurna.
Setelah tanduk dipenuhi dengan darah berhenti mengalir, tukang bekam akan menanggalkan tanduk dan membuangkan darah itu ke dalam tempurung. Bahagian yang berdarah akan dibersihkan dengan sabut kelapa dan tanduk yang telah dibersihkan dilekapkan semula di kepala orang yang berbekam.
Proses menciptakan hampagas atau vakum itu dilakukan sebanyak tiga kali dengan menghasilkan tiga tanduk darah. Kerja berbekam dikira selesai untuk tahun itu bagi orang yang berbekam walaupun masih terdapat lagi darah yang dianggap berpenyakit boleh disedut keluar.
Darah di dalam tempurung itu akan dikaji oleh golongan tua. Darah yang berbuih menunjukkan terdapat angin dalam saluran darah seseorang. Keadaan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam badan dan menyebabkan sakit kepala serta lenguh. Darah yang beku dan hitam serta badan yang panas menunjukkan pesakit memerlukan ketenangan dan tidak perlu memakan ubat-ubatan yang panas lagi. Darah yang mengandungi air pula selalunya akan menyebabkan sakit di sendi dan tulang-tulang. Apabila darah ini dikeluarkan, seseorang itu berada dalam keadaan yang agak baik dan dapat berpuasa dengan selesa.
Setelah selesai berbekam, tukang bekam akan memicit tengkok dan bahu orang yang berbekam agar kembali segar dan pulih semangatnya. Beliau seterusnya boleh bersarapan dan mandi.
Orang yang berbekam juga dinasihatkan agar tidak tidur pada sebelah siangnya kerana ditakuti bahagian yang dituris tadi akan tertekap pada bantai dan ini akan menyebabkan pengaliran darah tadi dimasuki angin kotor dan perlu dibekam semula.
Orang yang telah berbekam boleh menjalani ibadah puasa dengan lebih yakin kerana dipercayai tidak menghadapi masalah pening kepala apabila dikejutkan untuk bersahur. Kesihatan juga tidak terganggu walaupun dalam keadaan tidak cukup tidur setiap malam di sepanjang bulan puasa.
Masyarakat di Timur Tengah mencipta hampagas dengan membakar secebis kertas di dalam gelas kecil yang dilekapkan di kelapa atau ditempat yang hendak di bekam. Gelas ini menggantikan tanduk. Masyarakat di pendalaman Pulau Jawa menggunakan lintah untuk menyedut darah berpenyakit keluar. Biasanya tiga ekor lintah digunakan untuk menyedut darah keluar dari kepala seseorang. Adakalanya sebanyak tujuh ekor lintah diperlukan untuk seseorang yang sering menghadapi masalah sakit kepala yang keterlaluan.

Thursday, November 10, 2011

Vertigo & Terapi Bekam


Vertigo adalah dimana terjadi terasa pusing seperti berputar yang sangat mengganggu. Penderitanya bahkan terasa mual-mual dan muntah dan juga boleh terjatuh ketika serangan vertigo ini terjadi. Dalam artikel ini kita akan membahas tentang vertigo dan pengubatannya serta pelbagai hal penting mengenai vertigo dan perubatannya.

Gejala Vertigo:

Gejala vertigo diantaranya:
1. Pusing seperti berputar
2. Kepala terasa ringan
3. Rasa terapung, terayun
4. Mual-Muntah
5. Keluar peluh dingin
6. Muka Pucat
7. terhuyang-hayang waktu berdiri atau berjalan

Jenis Vertigo : Vertigo dan pengubatannya

Vertigo Perifer
Vertigo perifer disebabkan oleh disfungsi struktur perifer hingga ke batang otak.

Vertigo Sentral
Vertigo sentral melibatkan proses penyakit yang mempengaruhi batang otak atau serebelum.
1. Vertigo perifer adalah cepat (waktunya singkat atau serangannya cepat terjadi), sedangkan vertigo sentral  adalah perlahan. Dengan kata lain, durasi gejala pada vertigo perifer terjadi dalam jangka masa minit, harian, mingguan, kadanga kalaberulang.
2. Penyebab umum vertigo perifer adalah infeksi, Ménière’s, neuronitis, iskemia, trauma, toksin. Penyebab umum vertigo sentral adalah vaskuler, demyelinating, neoplasma.
3. Intensi vertigo perifer sedang hingga berat, sedangkan vertigo sentral ringan hingga sedang.
4. Mual dan muntah umumnya terjadi pada vertigo perifer dan jarang terjadi pada vertigo sentral.
5. Vertigo perifer umumnya berhubungan dengan posisi, sedangkan vertigo sentral jarang berhubungan dengan posisi.
6. Kehilangan pendengaran hingga kepekakkan umumnya terjadi pada vertigo perifer dan jarang terjadi pada vertigo sentral.
7. Telinga berdesing seringkali menyertai vertigo perifer. Pada vertigo sentral, biasanya tidak disertai telinga berdesing.


Vertigo dan Pengubatannya secara Ilmiah

Kayu manis
Menurut, Prof. Hembing, kayu manis berkhasiat untuk penyakit asam urat, tekanan darah tinggi, tiada nafsu makan, sakit kepala (termasuk vertigo), masuk angin, diarhea, perut kembung, muntah-muntah, gernia, susah buang air besar, asma, sawan, sakit kencing, dan lain-lain. Selain itu, kayu manis memang memiliki efek farmasi yang diperlukan dalam ubat-ubatan. Kulit batang, daun, dan akarnya dapat dimanfaatkan sebagai ubat antirematik, banyak berpeluh, banyak buang angin, meningkatkan nafsu makan, dan menghilangkan sakit.

Vertigo dan Pengubatannya :  Terapi Bekam
Terapi Bekam dapat dilakukan untuk menyembuhkan penyakit Vertigo. Pengubatan ini berfungsi untuk memperbaiki organ dalam kepala terutama organ keseimbangan dan saraf utama kepala. Pembekaman dilakukan seminggu sekali sampai kondisi membaik. Lama terapi bergantung pada keparahan penyakit. Untuk vertigo ringan cukup 2-3 kali terapi. Setelah pulih cukup dengan mengulang  sebulan atau dua bulan sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...