1. Masalah Pergerakan
-Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
2. Kecederaan
-Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.
3. Penyakit
-Scoliosis; Ini menyebabkan lengkunan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan
rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua),
-Spondylolisthesis; Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)
-Spinal stenosis; Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.
-Endometriosis; satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.
-Fibromyalgia; keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
-Penghidap batu karang; ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya
-Semasa dan selepas seseorang mengandung
4. Jangkitan dan Barah
-Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apaibla melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).
5. Tekanan diri (Stress)
-Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang, dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.
Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
Pages
Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,
Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.
Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.
Lokasi pusat rawatan kami :
Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**
Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :
Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm
Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :
Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm
Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.
Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc
---------------------------------------------------------------
Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Showing posts with label sakit belakang. Show all posts

Thursday, July 30, 2015
Thursday, July 23, 2015
Rawatan Slipped Disc
PUNCA SLIPPED DISC
Terdapat berberapa punya dan faktor belakunya sakit belakang(slipped disc) ini, seperti buah pingang yang lemah dan sejuk, kecederaan fizikal dan tekanan tidak sekata pada disc. Slip disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahaigan organ dan tisu yang lain di sekeliling disc rosak. Ini menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar.
Tidak ada penyebab yang 100% pasti kenapa ianya terjadi, Namun sebahagian beras kes slipped disc disebabkan usia. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.
Faktor-faktor dibawah ini dapat meningkatkan tekanan dan ketengangan pada tulang belakang anda.
Semua pekara atau situasi diatas dapat melemahkan tisu disc. Yang boleh menyebabkan slipped disc. Jika anda mempuyai faktor-faktor yang digambarkan diatas anda dan mencari rawatan alternatif yang tebaik anda boleh datang ke pusat rawatan kami di Seri Kembangan, 7 hari seminggu dari 1030pg - 10mlm. Rawatan adalah untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim.

-
Pekerjaan yang melibatkan anda menangkat beban yang berat.
-
Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi,lori dan lain-lain)
-
Berat badan yang berlebihan
-
Menyertai sukan angkat berat.
-
Mempunyai kecederaan belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta dan kecederaan sumsum tulang belakang.
-
Bersifat suka membongkok.
-
Perokok.
Semua pekara atau situasi diatas dapat melemahkan tisu disc. Yang boleh menyebabkan slipped disc. Jika anda mempuyai faktor-faktor yang digambarkan diatas anda dan mencari rawatan alternatif yang tebaik anda boleh datang ke pusat rawatan kami di Seri Kembangan, 7 hari seminggu dari 1030pg - 10mlm. Rawatan adalah untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim.
Wednesday, May 7, 2014
Kebas Kaki
[TIADA LAGI RASA KEBAS SEMASA SOLAT JUMAAT!!]
Rasa kebas kaki semasa khutbah Jumaat bukan sesuatu yang seronok. Seringkali mencari tembok kerana pinggang lenguh, duduk saf paling tepi sebab senang nak berlunjur.
Tak cuba gabungan terapi pembetulan tulang & bekam pada point mujarab kami, tak tau. Dah cuba, hasilnya, WOWWW!!! TIADA LAGI KEBAS KAKI!!!
Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Labels:
kebas,
kebas kaki,
kebas tangan,
sakit belakang,
sakit leher,
sakit pinggang,
slip disc
Pembetulan Tulang Belakang & Pinggul
Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau
kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat
terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit
demi sedikit apabila umur semakin meningkat.
Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah seperti Yumeiho dan Kiropraktik. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan tetapi tujuannya adalah sama iaitu memperbetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah.
Pembetulan tulang belakang merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit pinggang, slip disc, kebas kaki atau tangan, sakit tengkuk atau leher dan lain-lain.
Masalah sakit pinggang berpunca daripada bahagian tulang belakang yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya.
Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.
Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah tertentu yang kami tawarkan.
Anda yang berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang bolehlah menghubungi:
Pusat Latihan & Rawatan Alternatif Zeekay
No 103, Jalan LEP 1/5, Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan,
Selangor
Dibuka setiap hari
Waktu: 11pagi ~ 10malam
0193883258
Kos rawatan:
Rawatan pembetulan tulang belakang RM60 / sesi
*Sila hubungi kami dahulu sebelum datang

alor gajah,
badan lesu,
kebas,
kebas kaki,
kebas tangan,
lenguh,
lesu,
sakit belakang,
sakit leher,
sakit pinggang,
sakit tumit,
slip disc
Friday, February 8, 2013
Sakit Belakang - Cakera Tergelincir a.k.a Slip Disc
SAKIT pada belakang badan merupakan sakit yang kerap berlaku pada setiap orang dewasa. Lazimnya, seseorang itu akan mengalami episod kesakitan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Namun, ramai dalam kalangan kita mengambil ringan terhadap sakit belakang. Walaupun kebanyakan sakit belakang tidak mengundang bahaya atau membawa maut, ia wajar mendapat perhatian yang teliti sekiranya berterusan.
Antara penyebab sakit belakang yang sering berlaku ialah slipped disc atau cakera tergelincir. Ia boleh terjadi pada mana-mana kedudukan antara 33 vertebra yang membentuk tulang belakang.
“Cakera sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian luarnya yang seperti getah dan dipanggil anulus fibrosus manakala bahagian tengah seperti gel pula dipanggil nukleus pulposus,” ujar Pakar Ortopedik, Trauma dan Pembedahan Tulang, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Joseph Yap Chong Kiat.
Cakera tergelincir sebenarnya merujuk pada keretakan dan koyakan pada bahagian anulus. Ia menyebabkan nukleus tertolak ke dalam keretakan atau koyakan itu lalu menyebabkan cakera membonjol.
Kebanyakan kes cakera tergelincir terjadi disebabkan kecederaan akibat hentakan akibat terjatuh atau mengangkat beban yang berat.
“Ia juga boleh berlaku akibat kecederaan ringan yang berterusan yang dipanggil RSI (repetitive stress injury).
“Contohnya, duduk atau memandu dalam kereta berterusan selama berjam-jam. Dalam keadaan sebegitu, tekanan boleh berlaku pada cakera. Ia menyebabkan ketegangan yang seterusnya mengakibatkan anulus koyak sedikit,” terangnya.
Tambahnya, kesakitan yang dialami boleh berlarutan sehingga beberapa jam, berhari-hari atau berlanjutan sehingga beberapa bulan.
Sokongan tubuh
Menurut Joseph, tulang cakera merupakan satu fibrocartilage (rawan berserat) yang berada di antara vertebra tulang belakang.
Cakera tersebut membantu memberikan sokongan kepada badan, menolong menahan berat badan serta berfungsi untuk mengurangkan geseran di antara vertebra.
“Apabila menyentuh soal slipped disc, ramai yang beranggapan bahawa perkataan slipped yang digunakan itu memberikan maksud cakera tersebut teranjak dari tempatnya.
“Sebenarnya, itu tidak berlaku kerana cakera itu sudah tetap kedudukannya pada tulang belakang.
“Apabila cakera itu membonjol ke belakang, mungkin dalam hasil imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) menunjukkan seperti bentuk yang berselisih. Mungkin kerana itu, orang fikir cakera itu teranjak dari kedudukannya, sebenarnya ia bonjol dan bengkak.
Katanya, secara am, cakera gelincir atau PID (Prolapsed Intervertebral Disc) lazim berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan berlaku ke atas orang dewasa berusia 30 hingga 50 tahun.
Mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun atau 70 hingga 80 tahun mengalami kesakitan bahagian belakang, kebanyakannya bukan PID.
Sungguhpun begitu, katanya, jangan sekali-kali memandang ringan jika kanak-kanak mengalami masalah sakit belakang kerana sesuatu yang serius mungkin berlaku.
“Masalah ini jarang dilihat dalam kalangan golongan tua kerana bahagian nukleus seperti gel sudah menjadi semakin kering apabila seseorang itu berusia melebihi 50 tahun.
“Ia tidak dapat menyerap hentakan atau mengalir keluar seperti yang terjadi kepada golongan dewasa yang lebih muda,” katanya sambil memberitahu jika sakit belakang berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah lain seperti kemerosotan tulang, osteoporosis, spondilolistesis atau barah tulang.
Berat badan
Ujar Joseph, berat badan berlebihan juga merupakan faktor risiko yang menambahkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan pada cakera selain jenis pekerjaan dan kegiatan sukan lasak.
Joseph menerangkan, jika kesakitan yang dialami seseorang itu melebihi seminggu dan tidak hilang apabila menjalani rawatan biasa seperti makan ubat dan berehat, seseorang itu disarankan untuk berjumpa doktor.
“Biasanya, doktor akan menjalankan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit dengan mengambil kira faktor usia, rekod kecederaan akibat terjatuh atau mengangkat benda berat. Doktor juga perlu mengetahui bahagian yang sakit dan kebarangkalian kesakitan tersebut berpindah ke punggung, paha atau ke kaki sepenuhnya.
“Ia memberikan gambaran kepada doktor dan daripada situ doktor akan melakukan beberapa ujian ringkas ke atas pesakit seperti SLR (straight leg raising),” ujarnya.
Ujian SLR dilakukan dengan mengangkat kaki pesakit tanpa membengkokkan lutut. Jika rasa sakit seseorang pesakit itu bertambah, ia menunjukkan berlaku tekanan pada saraf tulang belakang.
Secara am, 90 peratus sakit belakang boleh dirawat secara konservatif, iaitu dengan ubat dan fisioterapi tanpa sebarang prosedur invasif yang memerlukan suntikan dan pembedahan.
Rawatan
Joseph memberitahu, doktor sentiasa cuba untuk memberikan ubat dan rawatan fisioterapi terlebih dahulu bagi melegakan kesakitan yang dialami pesakit. Pada masa yang sama memantau perkembangan mereka.
“Jika kesakitan berlarutan melebihi enam minggu walaupun diberikan rawatan, maka prosedur invasif dilakukan. Namun, kadang kala rawatan invasif perlu lebih awal sekiranya kesakitan keterlaluan.
“Walaupun kita sudah mengeluarkan bonjolan cakera yang menekan saraf, cakera tersebut tidak seperti cakera normal dan dianggap sedikit lemah berbanding disc yang lain,” jelasnya sambil memberitahu senaman boleh mengelakkan cakera tergelincir daripada berlaku kerana berat badan ditampung oleh otot dan tulang.
Senaman yang betul boleh membuatkan otot belakang menjadi kuat dan mereka yang selalu bersenam kurang mengalami masalah tersebut.
Walau apapun, Joseph menasihatkan orang ramai yang mengalami sakit belakang yang berterusan agar merujuk kepada doktor.
“Kita pasti tidak mahu terlepas pandang sesuatu yang mungkin berbahaya seperti jangkitan kuman pada tulang belakang, barah tulang atau sakit buah pinggang.
“Bukan semua sakit belakang disebabkan masalah pada tulang. Kita perlu tahu puncanya lebih-lebih lagi apabila berlaku simptom-simptom sistemik seperti penurunan berat badan, kurang selera makan, sentiasa letih dan demam.
Wednesday, November 21, 2012
Petua Untuk Merawat Sakit Pinggang atau Sakit Belakang
Masalah sakit pinggang atau lumbago menjadi kekerapan terjadi kepada ramai orang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang ti
dak
sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah
akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang
kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika
kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing
malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas,
pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku
lali bengkak dan kaki sejuk .
Terdapat 3 kaedah bagi merawat masalah sakit pinggang iaitu:
• Pembetulan tulang belakang
• Akupunktur
• Bekam
1. Pembetulan Tulang Belakang - Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.
2. Akupunktur - Rawatan akupunktur mampu merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal.
3. Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul ('Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan.
Pencegahan - Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah seperti berikut:
a. Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjogging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.
b. Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.
c. Amalkan prinsip ergonomic iaitu sama ada di rumah atau tempat kerja. Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang. Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk “S” terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,
d. Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
e. Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
f. Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong anda untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang. Semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang. Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan.
Petua Untuk Mengurangkan Sakit Belakang
a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini 3 hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
c. Menggunakan tilam yang sesuai - Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
d. Ambil aspirin - Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dahulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
e. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
f. Gunakan kusyen - Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk. Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
g. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
h. Mengangkat barang dengan cara yang betul - Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
i. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
Anda ada soalan? Emel saya bekam4u@gmail.com atau telefon / SMS / Viber / Whatsap @ 0193883258 untuk sebarang pertanyaan atau untuk temujanji terapi bekam.
InsyaAllah saya akan menjawab & melayan anda sebaik mungkin.

Wallahua'lam
Sunday, October 7, 2012
10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang
Asslamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ni saya dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan; ada rakan yang menderita sakit buah pinggang! Allhhurabbi....umur dalam 30-an, tapi sudah diuji Allah dengan sedemikian rupa & yang memeritkan, kedua-dua buah pinggang rosak...sekarang beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani dialisis. Syafakumullah wahai sahabat...
Tahukah anda betapa pentingnya buah pinggang?
Mungkin ada yang tidak tahu mengapa Allah kurniakan sepasang buah pinggang kepada manusia yang sempurna.
Sebagai contoh, kenapa kita ada 4 tayar kereta & 1 tayar spare? Perlu ke tayar spare tu? Sudah tentu lah perlu & teramat penting diwaktu kecemasan.
Macam tu juga buah sepasang buah pinggang yang Allah kurniakan sepasang...kalau gagal 1, insyaAllah 1 lagi masih ada untuk menjalankan tugas menapis segala kekotoran dalam badan.
10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang
Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

- Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
- Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
- Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
- Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
- Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
- Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
- Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
- Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
- Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
- Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan
tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda
mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
- Jalani pemeriksaan ginjal.
- Amalkan pemakanan seimbang.
- Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
- Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
- Kekalkan berat badan seimbang.
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Labels:
buah pinggang,
ginjal,
sakit belakang,
sakit pinggang
Sunday, August 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)