Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran kami ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

No 103 Jalan LEP 1/5,
Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300,
Seri Kembangan, Selangor.
(2.991671, 101.653119)

Caj perkhidmatan bekam kami:

RM5.00 / cup @ cawan

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 11 pagi - 11 malam

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi kami atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258
Kamalia Arsat (Perawat wanita) : 013-2111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : www.facebook.com/bekamcupping
www.facebook.com/bekam4u


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/bekamcupping untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Wednesday, November 21, 2012

Petua Untuk Merawat Sakit Pinggang atau Sakit Belakang




Masalah sakit pinggang atau lumbago menjadi kekerapan terjadi kepada ramai orang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang ti
dak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .

Terdapat 3 kaedah bagi merawat masalah sakit pinggang iaitu:
• Pembetulan tulang belakang
• Akupunktur
• Bekam

1. Pembetulan Tulang Belakang - Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.

2. Akupunktur - Rawatan akupunktur mampu merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal.

3. Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul ('Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan.

Pencegahan - Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah seperti berikut:

a. Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjogging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.

b. Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.

c. Amalkan prinsip ergonomic iaitu sama ada di rumah atau tempat kerja. Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang. Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk “S” terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,

d. Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.

e. Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.

f. Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong anda untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang. Semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang. Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan.

Petua Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini 3 hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

c. Menggunakan tilam yang sesuai - Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

d. Ambil aspirin - Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dahulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

e. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

f. Gunakan kusyen - Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk. Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

g. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

h. Mengangkat barang dengan cara yang betul - Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

i. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.


Anda ada soalan? Emel saya bekam4u@gmail.com atau telefon / SMS / Viber / Whatsap @ 0193883258 untuk sebarang pertanyaan atau untuk temujanji terapi bekam.
InsyaAllah saya akan menjawab & melayan anda sebaik mungkin.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...