Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Tuesday, February 7, 2012

Madu


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya & anda yang sedang membaca masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup oksigen secara PERCUMA di bumi Allah.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai nafsu untuk makan & mengisi perut.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai nafsu untuk minum & menghilangkan dahaga.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai tubuh yang masih lengkap apabila bangun dari tidur. Cuba bayangkan, sebelum tidur, anggota kita lengkap.Tetapi apabila bangun pada pagi berikutnya, salah satu tangan kita tiada! Allahuakbar. Itu tak mustahil kalau Allah hendakkan ia berlaku. Tetapi Allah Maha Adil, Dia takkan biarkan ia berlaku tanpa ada penyebabnya. Alhamdulillah.

Entri kali ini saya mengajak diri saya & anda untuk belajar salah satu nikmat yang Allah turunkan kepada manusia seluruh alam; MADU.

Madu adalah terkandung dalam salah satu dari diet pemakanan Rasulullah s.a.w.

1. 'Asal (Madu Lebah)
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan
hadis Nabi saw. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.

2. Seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 68-69, maksudnya: "...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia".

3. Dalam kitab "Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi" oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan".

4. Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan
beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.
Meruqyah madu:

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

5. Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa: “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.
" Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan yang haram," demikian pesanan Nabi SAW kepada umatnya.

Suatu ketika Nabi dikunjungi Abu Said Al-Khudry dan mengadukan tentang saudaranya yang sedang sakit. Dia ingin mendapatkan pertolongan Nabi untuk mengubati penyakit itu. "Minumlah madu," demikian Nabi berpesan kepada Abu Said.
Abu Said segera pulang menemui saudaranya yang sedang sakit lalu mmenyuruhnya
mmeminum madu sepertimana pesanan Nabi. Tetapi tidak juga sembuh, malah kelihatan
seperti bertambah sakit. Beliau kembali menemui Nabi dan memberitahu keadaan sakit
saudaranya itu. "Allah tetap benar, hanya perut saudara engkau yang berdusta," jawab Nabi SAW kepada Abu Said.
Baginda menyuruh meminum madu itu lagi. Abu Said segera kembali ke rumah dan menyuruh saudaranya meminum madu lagi. Namun sakitnya belum sembuh sehingga diberitahu lagi kepada Nabi SAW dan baginda tetap menyuruh minum madu itu sampai empat kali. Akhirnya sembuh dan Abu Said menemui Nabi memberitahu hasil yang menggembirakan."Allah tetap benar, hanya perut saudara kamu yang berdusta," demikian Nabi mengulangi katakatanya dahulu.

7. Madu kemudian dikenali sebagai satu ubat yang baik diminum untuk kesihatan manusia. Nabi SAW telah memberitahu kepada umatnya sejak dahulu lagi.

8. Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.


Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal
madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan
mengamalkan pengambilan madu lebah asli. Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan
banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis
penyakit seperti:-

• Kencing manis
• Barah/Kanser
• Mata kelabu
• Letih/Lesu/Tenat
• Tenaga batin/Seks
• Lendir/Kahak
• Penyeri muka
• Awet muda
• Pendarahan otak
• Gastrik
• Gagap
• Batuk kering
• Lupa
• Keracunan Makanan
• Asma/Lelah
• Sakit puan
• Resdung
• Darah tinggi
• Bersalin - senang
• Batuk
• Penyakit Kulit
• Sakit Telinga
• Lemah jantung
• Jerawat
• Pening
• Pekak
• Lumpuh
• Uban (Berpenyakit)
• Susah tidur
• Sakit sendi • Sembelit
• Selsema
• Alahan/Allergic
• Kanak-kanak (Sihat)
• Rambut gugur
• Sakit pinggang
• Terbakar
• Sakit kepala
• Angin
• Luka
• Keputihan
• Bintik-bintik hitam
• Haid
• Buasir
• Kurang darah
Dan lain-lain lagi




Khasiat untuk pelbagai peringkat umur

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh
para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu
akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
(Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan
nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran
sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Subhanallah, binatang @ serangga yang begitu kecil, mempunyai manfaat yang begitu besar untuk manusia.
Pengalaman saya, setiap awal pagi & sebelum tidur saya akan ambil 1 sudu madu asli.
Hasilnya, tidur saya lebih lena, bangun pagi dengan segar, kurang mengantuk di pejabat, sistem perkumuhan yang lawas dan bertenaga.
Saya juga aktif bersukan badminton.Sebelum bersukan, saya akan ambil 1 sudu sebelum beraksi.Alhamdulillah, aksi saya lebih bertenaga.

Batuk & selsema tidak dapat dielakkan terutama apabila perubahan cuaca yang tak menentu.Apabila diserang batuk & selsesa, sy tida terus pergi jumpa doktor dan ambil ubat yang mengandungi dadah & bahan kimia, tetapi sy amalkan madu setiap pagi, tengahari dan malam.Alhamdulillah, berkat amalan Rasulullah dan keizinan Allah, sembuh.

Begitu juga dengan anak saya yang berumur 10 bulan buat masa ini. Selsema & batuk, saya bagi makan madu 1 sudu kecil. InsyaAllah, sembuh. Tetapi kalau sudah teruk sangat, berjumpa lah dengan doktor.

Sekian dahulu dari saya, semoga berjumpa lagi, insyaAllah. Salah dan silap saya, harap maafkan dan perbetulkan.

Wassalam

Tuesday, January 31, 2012

Cuka Buah & Kesihatan


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Bila saya sebut cuka, mesti anda semua terpikir cuka getah atau cuka masakan yang buat jeruk tu. Tak salah sebenarnya kerana kita terlalu banyak pendedahan kepada cuka-cuka jenis tersebu.
Cuka yang saya maksudkan ialah cuka buah yang mana ia adalah salah satu diet dalam pemakanan Rasulullah s.a.w.

Berikut yang saya dapat mengenai cuka buah & Rasulullah:

Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka.

Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah mempelawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang baik. "

Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".

Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir."
[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]


Antara khasiat cuka buah:

Antara Khasiat Cuka Buah:

1. Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
2. Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
3. Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen dalam badan.
4. Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
5. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
6. Memperbaiki masalah sistem kencing.
7. Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
8. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
9. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Tetapi, berapa ramai yang boleh minum begitu sahaja cuka buah yang masam?
Ada peramal perubatan alternatif memberi tips kepada saya; ambil 1 sudu cuka buah, 1
sudu madu dan campurkan dalam 1 gelas air suam. Minum di waktu pagi atau malam.

Madu asli cuka mengandungi 30% asid buah dan 70% madu asli.

• Ia dapat membantu kita untuk menjernihkan darah, meleraikan paras kalori dan gula secara efisien agar badan kita sanggup mengelakkan penyakit darah tinggi.

• Melindungi organ hati anda daripada keracunan arak dan merangsang fungsi organ hati.

• Ia dapat mempergiatkan metabolisme organ-organ internal badan kita, menghapuskan elemen toksik (racun) dan sembelit (konstipasi).

• Ia dapat mengelakkan halitosis atau nafas yagn busuk yang disebabkan oleh kumuhan asid gaster (perut) yang berlebihan.


Tetapi ingat! saya maksudkan ialah cuka buah. BUKAN cuka getah!!!
Sekian dahulu dari saya, salah dan silap saya harap ditegur, segala yang baik adalah dari Allah, yang lemah & serba kekurangan itu dari saya, hamba Allah.
Wassalam

Thursday, January 19, 2012

Hati-Hati Semasa Berbekam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Saya ada terbaca di sebuah akhbar tentang berbekam.


KOTA BHARU – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

“Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.

“Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

************************************************************************************

Untuk pengetahuan semua, ingin saya terangkan prosedur pembersihan alatan bekam saya.

1. Jarum bekam adalah pakai buang.

2. Cawan bekam selepas pakai untuk membekam:
- langkah 1 : rendam di dalam air untuk menghilangkan kesan darah
- langkah 2 : rendam di dalam air yang dicampur dettol
- langkah 3 : rendam di dalam air sabun
- langkah 4 : dicuci dengan air sabun
- langkah 5 : disapu dengan alkohol

Selepas semua proses, cawan bekam akan disimpan di dalam beg khas simpanan cawan dan sedia digunakan untuk pesakit seterusnya.
Sebelum membekam darah, cawan bekam akan dibersihkan sekali lagi dengan alkohol.

3. Pen bekam selepas pakai untuk membekam:
- langkah 1 : rendam di dalam air untuk menghilangkan kesan darah
- langkah 2 : rendam di dalam air yang dicampur dettol
- langkah 3 : rendam di dalam air sabun
- langkah 4 : dicuci dengan air sabun
- langkah 5 : disapu dengan alkohol

Selepas semua proses, pen bekam akan disimpan di dalam bekas khas simpanan pen dan sedia digunakan untuk pesakit seterusnya.
Sebelum membekam darah, pen bekam akan dibersihkan sekali lagi dengan alkohol.

4. Saya menggunakan sarung tangan powder free.

5. Saya menggunakan tisu baru yang belum digunakan untuk membersihkan temapt bekam.

6. Luka selepas bekam akan dibersihkan menggunakan alkohol untuk mengelakkan sebarang jangkitan.


Wassalam

Monday, January 16, 2012

Demam


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat umur oleh Allah sehingga saat ini.
Saya yakin 100% kita semua pernah menghidap penyakit demam. Saya bukan hendak menulis tentang demam yang boleh dibekam; demam TIDAK boleh dibekam. Harap maklum. Itu yang diajar oleh Tuan Guru saya.
Tapi sejauh mana kita tahu tentang demam beserta kaitannya dengan Rasulullah s.a.w?

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Nafi', dari Ibnu Umar, bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya demam atau demam yang berat adalah sebahagian dari bahang neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air".

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada
percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.


Tafsiran di sini membawa dua maksud:

a. Dari arah luar - mandi atau lap ke tubuh dengan air atau ais
b. Dari dalam - minum air

4. Demam ada dua jenis:

a. Demam simtomik - berlaku kerana pembengkakan, aktivit berlebihan, panas matahari atau amarah.
b. Demam penyakit, dan dibahagikan lagi kepada tiga:
i. Menjangkiti organ tubuh lalu menyebarkan demam
ii. Demam sehari - kerna aumumnya akan hilang dalam tempoh sehari atau paling lama 3 hari.
iii. Demam ufniyah, demam jenis ini dibahagikan 4 jenis lagi:
- Demam kuning
- Demam Hitam
- Boutonnese
- Demam berdarah

Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana
melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada
keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana
sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api
menghapuskan karat-karat pada besi.

"Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun"

Panduan merawat demam oleh Nabi:

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu fajar."

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

"Rasulullah apabila demam, baginda meminta diambilkan air lalu baginda jiruskan ke kepala baginda dahulu dan barulah mandi"

InsyaAllah, serba sedikit ilmu Allah yang diamalkan oleh Rasulullah,saya kongsikan bersama anda. Berkat amalan Rasulullah, insyaAllah semoga diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t.
Sesungguhnya penyakit itu menghapuskan dosa, menambah pahala dan menaikkan darjat seseorang selagi mana ia redha dengan ujian yang diturunkan Allah. InsyaAllah.

Tuesday, January 10, 2012

Rasulullah s.a.w & Makanan


Assalamualaikum w.b.t
Masih ingat janji saya pada entri lepas untuk keluarkan entri berkenaan corak pemakanan Rasulullah s.a.w?

Dibawah ni saya dapat sedikit informasi mengenai pemakanan Rasulullah s.a.w.

Dalam kitab, Nabi melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

1) Jangan makan SUSU + DAGING
2) Jangan makan DAGING + IKAN
3) Jangan makan IKAN + SUSU
4) Jangan makan AYAM + SUSU
5) Jangan makan IKAN + TELUR
6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7) Jangan makan SUSU + CUKA
8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Berbezakan dengan apa yang kita amalkan selama ni kan. Memang berbeza sangat-sangat. Kenapa berbeza? Sebab kita tak belajar.Kenapa kita tak belajar? Sebab kita tak pergi mencari. Jangan harap benda-benda ni akan datang depan muka kita. Aplikasikan kemudahan disekeliling kita untuk memperoleh ilmu.

Ok, skang kita pergi pula kepada cara Rasulullah makan.

Kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.


Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sesungguhnya contoh terbaik untuk umat Islam contohi ialah Rasulullah s.a.w.
Sekian dahulu daripada saya.Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dalam hidup. InsyaAllah. Wassalam

Thursday, January 5, 2012

Pusat Terapi Berwajah Baru



Alhamdulillah, pusat terapi bekam telah selamat berpindah dari Kajang dan kini berada di Equine Park, Seri Kembangan.
InsyaAllah para tetamu & pesakit akan lebih selesa dengan kemudahan yang kami sediakan.

1. Katil rawatan dalam bilik khas yang selesa


2. Wangian aromaterapi


3. Alunan zikir


4. Kemudahan WiFi


InsyaAllah, penambah baikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Komen-komen anda amat kami alu-alukan. InsyaAllah

Wednesday, January 4, 2012

Gastrik


Assalamualaikum & salam sejahtera & selamat tahun baru 2012!!!
Alhamdulillah, masih anda dan saya masih dipanjang usia setahun lagi. Bagi saya, perasaan gembira & sedih menjelang 2012. Gembira kerana masih dilanjutkan usia, sedih kerana usia saya makin pendek. Sama-sama kita muhasabah diri untuk semak kelemahan pada 2011, dan tingkatkan ia pada 2012.InsyaAllah.

Apa entri tahun baru?
Saya banyak terima pesakit yang datang mengadu, gastrik, angin 1 badan & pedih ulu hati. Perasan atau tidak, semua itu berkaitan antara 1 sama lain. Pokok pangkal nya, makan. Tak percaya? You're what you eat. Kebanyakan penyakit didunia ini datangnya dari makanan. Tak perlu saya cerita tentang semua penyakit tu. Cukup dengan hanya 1 saja penyakit, GASTRIK.

Anda ada gastrik? Pernah mengalami gastrik? Ada juga segelintir antara kita mengalami gastrik bermusim, setahun sekali. Tak percaya? Doktor-doktor di klinik wajib tahu gastrik bermusim ini. Musimnya, Ramadhan. Sampaikan tiada gastrik pon, mengaku gastrik.


Tekanan atau stress, rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur @ menghadam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak @ menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan @ mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Bagaimanapun, pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .

Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

PUNCA GASTRIK:

1. Merokok
2. Meminum minuman beralkohol
3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan,jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.

Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
6. Elakkan makan terlalu kenyang
7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


Sekarang anda nampak tak bagaimana perkara ringan boleh menjadi berat?
Ramai antara kalangan rakan-rakan saya melangkaui sarapan pagi, dan gabungkannya dengan makan tengahari. Mereka panggil "brunch" (breakfast + lunch). Mungkin ia menjimatkan belanja, tetapi kesannya, amat memedihkan. Kalau anda jenis sedemikian, anda sanggup menahan pedih gastrik? Anda sanggup menahan ulser perut? Dan lebih teruk, ada rakan saya yang terpaksa memotong tali perut kerana kebocoran dek asid yang yang tajam telah menghakis tali perut. Sanggup? Semuanya bermula dengan corak pemakanan.

InsyaAllah entri yang berikutnya, saya cuba untuk paparkan cara pemakanan Rasulullah S.A.W.
Sehingga bertemu lagi, Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...