Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Monday, September 24, 2012

Uluran

Merawat Angin Uluran

Penyakit uluran atau angin yang berlebihan mungkin akan menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk. Ini boleh menyebabkan angin berlebihan di dalam perut. Angin yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus yang terlalu cepat. Angin inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan sebagainya.

Sakit Uluran terbahagi kepada 4 jenis:

1. ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan lelaki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi dan boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.

2. ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.

3. ULURAN LENDIR - Sakit ini berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.

4. ULURAN DARAH - Ia juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Darah panas akan naik ke kepala menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.

Tanda-Tanda:

1. Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
2. Tapak kaki menjadi sejuk pada siang atau malam hari.
3. Selalu mengalami sakit kepala.
4. Kerap kencing.
5. Kebas kaki dan tangan.
6. Sembelit.
7. Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan atau meminum yang sejuk.

Rawatan:

1.Selalunya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.
2. Elakkan memakan atau meminum bahan-bahan yang sejuk.
3. Bebekam; dengan izin Allah, insyaAllah kaedah ini adalah paling mujarab untuk merawat sakit uluran.

Tuesday, September 4, 2012

[Petua] Meningkat Kesuburan Lelaki



Khasiat mengkudu baik sekali untuk lelaki. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun begitu, anda boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu
untuk tujuan kesihatan. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.
2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.
3. Kisar buah mengkudu dengan sedikit air masak.
4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.
5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.
6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini secara berterusan.
Syafakumullah....

Komen lenguh-lenguh badan & angin

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya!!



kami mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mohon ampun maaf zahir & batin....~~




- Mohd Zaifan / Kamalia / Amir Mirza & Nurfatihah Inysirah -

Wednesday, August 1, 2012

Strok (Bhg 3)

Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Strok?


 

  1. Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
  2. Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).
  3. Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok.
  4. Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
  5. Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.
  6. Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
  7. Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).

Sumber : nasam

Monday, July 16, 2012

Strok (Bhg 2)

Apakah Yang Menyebabkan Strok? 

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:

  
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:


Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Sumber : nasam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...