Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Wednesday, July 8, 2015

Penawar Untuk Batu Karang

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Faktor Risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

ODT / Oxidant Drainage Therapy Untuk Penyembuhan Total.

Oksidan / radikal bebas yang berkumpul didalam tubuh manusia menghalang pengaliran darah yang bernutrisi untuk dihantar ke organ-organ tertentu & secara tidak langsung, batu karang terbentuk secara perlahan-lahan.
Dengan cara ODT, batu karang dapat dikeluarkan secara alami, iaitu melalui air kencing.
Berikut adalah testimonial yang dapat disembuhkan dengan asbab ODT





Hubungi saya, Mohd Zaifan di 0193883258 untuk sesi rawatan ODT, insyaAllah untuk semua jenis penyakit kronik & kritikal, untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim ni Seri Kembangan dari pukul 10pg ~ 10mlm 7 hari seminggu.

Wednesday, May 7, 2014

Kebas Kaki

[TIADA LAGI RASA KEBAS SEMASA SOLAT JUMAAT!!]

Rasa kebas kaki semasa khutbah Jumaat bukan sesuatu yang seronok. Seringkali mencari tembok kerana pinggang lenguh, duduk saf paling tepi sebab senang nak berlunjur.

Tak cuba gabungan terapi pembetulan tulang & bekam pada point mujarab kami, tak tau. Dah cuba, hasilnya, WOWWW!!! TIADA LAGI KEBAS KAKI!!!

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.







Sakit Pinggang

Datang dengan sakit pinggang, tak boleh duduk lama, dalam hanya 1 1/2 jam, gabungan rawatan urut pembetulan tulang & bekam pada point-point tertentu, terus lega...kesakitan yang dialami selama ini terus hilang.

Kami bukan buat magic, tapi itu adakah kenyataan rawatan yang kami berikan. Kami hanya usaha, selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa.

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Jangan biarkan kesakitan menghantui tubuh andaaa~~


Dalam Masa 2 Jam, Kebas Tangan Hilang!!!

Walaupun badan sihat dengan aktiviti sukan dan makan makanan yang lengkap, rasa lenguh badan dan kebas tangan tidak dapat dielakkan. Terutama apabila kesakitan itu dah "bersarang" lama didalam badan.

Itu apa yang dialami oleh beliau. Hasil gabungan terapi pembetulan tulang dan bekam pada point-point khas selama 2jam, hasilnya cukup mengagumkan!!!

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Sampai bila nak menderita sakit???





Pembetulan Tulang Belakang & Pinggul

Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah seperti Yumeiho dan Kiropraktik. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan tetapi tujuannya adalah sama iaitu memperbetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah.

Pembetulan tulang belakang merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit pinggang, slip disc, kebas kaki atau tangan, sakit tengkuk atau leher dan lain-lain.

Masalah sakit pinggang berpunca daripada bahagian tulang belakang yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya.


Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah tertentu yang kami tawarkan.

Anda yang berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang bolehlah menghubungi:

Pusat Latihan & Rawatan Alternatif Zeekay
No 103, Jalan LEP 1/5, Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan,
Selangor

Dibuka setiap hari
Waktu: 11pagi ~ 10malam

0193883258

Kos rawatan:
Rawatan pembetulan tulang belakang RM60 / sesi

*Sila hubungi kami dahulu sebelum datang



Monday, February 17, 2014

Terapi Yumeiho; Terapi Pembetulan Tulang Belakang


Assalamualaikum / salam sejahtera,

Last but not least, servis tambahan kami berikutnya ialah YUMEIHO atau urutan pembetulan tulang belakang dan pinggul (terutamanya).

Apa benda YUMEIHO ni?

Ia bertujuan untuk membetulkan tulang-tulang seluruh tubuh, mengendurkan otot-otot dan jaringan sel-sel organik serta secara radikal menghilangkan penyakitnya, dengan tulang pinggul sebagai pusatnya.

Siapa yang patut mendapatkan urutan YUMEIHO ni?

Terlalu banyak penyakit yang insyaAllah boleh disembuhkan dengan urutan ini. Antaranya kebas kaki atau tangan, vertigo, salur darah tersumbat, sakit leher @ tengkuk, kaki pendek sebelah, bongkok, sakit pinggul, tumit dan kaki, pening kepala, lesu dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi kalau hendak disenaraikan.

Jadi, dengan gabungan bekam & urutan ini, insyaAllah peluang untuk anda sembuh semakin cerah. Ada kalanya cukup dengan urutan YUMEIHO ini, tak perlu bekam pun sudah boleh sembuh, insyaAllah.

Jadi, untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian 24jam kami di 0193883258.

Wassalam

IRIDOLOGI : Servis Terbaru Kami



Apa itu IRIDOLOGI?

Ia adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus di anak mata.

Ia membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempunyai beribu ribu juta saraf halus,tisu dan sel-sel yang bersambung ke sistem badan melalui saraf otak.

Setiap kerosakan pada saraf di anak mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.

Jadi, apa faedah yang pelanggan & pesakit kami dapat?

InsyaAllah saya boleh memberitahu anda penyakit yang sedang anda alami dan penyakit yang mungkin anda boleh hidapi, tahap kronik penyakit anda dan langkah-langkah pencegahan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 24/7 kami 0193883258.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...