Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Tuesday, June 26, 2012

GBS - Guillain-Barre Syndrome

Pengenalan

Guillain-Barré Syndrome (GBS) adalah penyakit yang amat jarang berlaku, dianggarkan berlaku 1 atau 2 dalam 100 000 orang. Ianya adalah penyakit yang datang secara tiba-tiba (acute) radang (inflammatory) yang melibatkan kerosakan selaput saraf (demyelinating) yang banyak (bukan satu saraf saja). Ia adalah penyakit autoimmune yang merosakkan saraf-saraf lain selain daripada saraf tunjang (peripheral nervous system) selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman virus.

 

GBS selalunya menyerang saraf dan selalunya corak penyakit ini disebut ascending paralysis dimana anggota yang lemah bermula di kaki dan merebak ke bahagian atas, iaitu tangan dan muka. Ianya juga melibatkan kehilangan respon reflex tendon ( deep tendon reflexes)

Tanda-tanda

Penyakit ini selalunya digambarkan lemah pada badan secara symmetrical ( melibatkan kedua-dua belah badan, sebelah kanan dan kiri). Ianya bermula dari kaki dahulu kemudiannya naik ke atas badan secara perlahan-lahan. Pesakit menceritakan kakinya mula lemah di mana ianya beserta dgn dysesthesias ( kebah dan rasa mencucuk-cucuk seperti kejutan electric /tingling senstion).

 

Apabila penyakit ini merebak ke bahagian atas, dalam masa beberapa jam atau hari, tangan, bahu dan muka mula merasa lemah dan kebas. Selalunya ianya akan menyerang saraf otak (cranial nerves) menyebabkan masalah susah hendak menelan, air liur meleleh dan kadang kala sukar membuka saluran pernafasan (airway), seterusnya menyebabkan sukar bernafas. Maka ramai pesakit terpaksa dimasukkan ke dalam wad, namun hanya 30% yang tidak boleh bernafas dengan baik dan terpaksa dibantu dengan alat pernafasan. Bahagian muka akan kebas dan lemah, namun pergerakan mata masih normal (kecuali dalam penyakit GBS jenis Miller-Fisher). Deria rasa (sensation) dan perimbangan badan (proprioception) dan reflex lutut akan hilang. Kadang kala pesakit mengadu sakit yang digambarkan sebagai penat pada otot yg terlibat. Ianya juga kadang kala melibatkan pundi kencing tidak dapat dikawal dgn baik. Namun begitu demam (fever) bukanlah ciri GBS.

Punca

Ianya disebabkan oleh respon imune kepada antigen asing (eg kuman virus) dan antibodi badan pula menyerang saraf kerana menyangka saraf adalah sebahagian daripada antigen asing itu. “mistaken identity”. Ia menyebabkan kerosakan pada selaput safar (myelin) menyebabkan otot menjadi lemah dan kebas. Ianya juga melibatkan saraf autonomik.

Prognosis

Keupayaan untuk sembuh bertambah baik jika:

     1 . umur <40 tahun,
     2. tidak memerlukan alat bantuan pernafasan
     3. kadar anti-GM1 titre dalam darah adalah rendah
     4. masih lagi mempunyai kekuatan otot tangan (upper limb muscle strength).

GBS dirawat dgn memberikan infusi plasmapheresis atau injeksi intravenous immunoglobulins secepat mungkin. Di samping itu penjagaan suppotif harus diberikan. Selalunya pesakit akan sembuh namun jika ianya telah menyebabkan komplikasi paru-paru seperti pulmonary pneumonia dan melibatkan autonomic nervous system problems ianya agak sukar dirawat dan boleh menyebabkan kematian.

Sumber : Doktor Zubaidi

Tuesday, April 3, 2012

Berbekam di Alor Gajah, Melaka

Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak menulis aktiviti bekam...agak bersawang "rumah" ni.
Seperti isteri saya a.k.a jurubekam wanita kata, terlalu banyak info pun, "senak" juga nak membaca. Betul juga... ;D

Sebenarnya saya agak kepenatan dengan jadual bekam hari Sabtu 31/3 lepas. 4 orang terus. Tapi tak mengapa, kerana saya suka ape yang saya kerjakan. insyaAllah, semoga Allah permudahkan perjalanan saya seharian. Aaamin...

Tambahan pulak tanggungjawab pada orang tua untuk menguruskan kebun pada hari Jumaat sehingga Ahad! Allahuakbar....rasa macam nak tercabut tangan. Perjalanan balik pula diduga dengan jalan raya yang penuh sesak. 6pm dari Alor Gajah, jam 10pm baru sampai ke rumah di Seri Kembangan.

Sibuk-sibuk macam tu pun, petang Sabtu, sempat jugak "menembak" di sekeliling rumah.
Terpegun sebentar & bersyukur kepada Allah dengan rahmat dan limpah kurnianya diberi nikmat & keizinan untuk terus bernafas & melihat keindahan ciptaanNya...

Matahari terbenam


Allahuakbar...siang bertukar ke malam

Tuesday, March 6, 2012

Titik- Titik Utama Bekam

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Lama betul bekam4u tidak dikemaskini dengan informasi untuk dikongsi.
Sesungguhnya ilmu yang ada pada saya terlalu sedikit untuk dikongsi, tetapi tidak salah kalau hendak dikongsi bersama. InsyaAllah dengan ilmu berbekam yang sedikit saya kongsi, semoga anda semua beroleh manfaat dan semoga Allah menurunkan berkah & rahmah.
Saya ingin berkongsi point @ titik bekam yang utama yang say bekam pada peasakit saya. Tetapi ia bergantung pada penyakit dan masalah empunya badan.

1. AL AKHDA'AIN :
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di
sekitar otot sternocleidomastoideus.
b) Merupakan pusat kegiatan dan perjalanan dari usus kecil dan besar.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pergubatan sakit leher, leher ngilu, tinnitus, selsema, pipi bengkak, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkong dan lain-lain.

2. ILTIWA'
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis
dengan tulang tumit (calcaneus)
b) Merupakan pusat pperjalanan organ ginjal
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, masalah saraf, ginjal, bronkietasis, pinggul , gangguan kencing dan lain lain.

3. AL KAHIL
a) Terletak di sekitar tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara
bahu (acromion) kanan dan kiri.
b) Merupakan titik pertemuan dan perjalanan organ pundi, empedu, lambung, usus halus, usus
besar, pundi kencing dan tripemanas.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, selsema, asma, punggung kebas dan lain-lain.
d) Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda'ain dan al kahil" (HR.
At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).

4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun)
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bagian depan,
iaitu terletak di titik pertemuan antara batas rambut bagian belakang dengan batas rambut
bagian depan.
b) Berperan dalam pengobatan sakit kepala, pening, vertigo, migrain, gangguan penglihatan,
menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.

5. YAFUKH
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun
(os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
b) Pada kanak-kanak, waktu pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya
pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
c) Berperan dalam pengobatan epilepsi, vertigo, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea,
kejang dan lain-lain.

6. AL KATIFAIN
Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit penyakit leher. (Nabi SAW
melakukan bekam pada kedua bahu waktu diberi makanan daging kambing yang diletak
racun oleh orang Yahudi.

7. 'ALA WARIK
Berguna untuk sakit sengal-sengal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam pada pinggulnya karena penyakit sengal-sengal yang dideritanya (HR. An-
Nasai, Ibnu Majah).

8. QAMAHDUAH
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
b) Bagian dimana kalu sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bagian kepala yang
kena pada tanah.
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan sakit kepala belakang, pening, kurang pendengaran, sukar bercakap, schizophrenia,
epilepsi, sakit leher, pening, vertigo dan lain-lain.

9. PELIPIS DAN DAGU
Berguna untuk mengubati pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian
wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.

10. BAGIAN PUNGGUNG KAKI
Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang
kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan
laki-laki) dan saraf.

11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan
kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki bengkak (elephantiasis),
menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.

12. 'ALA DZOHRIL QODAMI
Terletak di bagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan
pada bagian kaki.

13. UMU MUGITS
a) Terletak di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di
2/3 bagian depan.
b) Apabila kepala dan batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibahagi menjadi
12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5
bahagian dari garis batas rambut bagian depan.
c) Hati-hati waktu  pembekaman kepala, sebab dekat dengan pusat sensorik dan motorik, yang
menyebabkan kelumpuhan organ-organ dan alat-alat tubuh.





**Kandungan asal titik bekam ini telah saya terjemahkan didalam bahasa Malaysia. Bahasa asalnya ialah Indonesia. Jika ada salah & silap terjemah, sila tegur aga boleh saya perbetulkan.

Tuesday, February 21, 2012

Pakej Bekam Seluruh Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bekam4u menawarkan 1 pakej baru iaitu bekam seluruh badan yang mana point dari atas kepala @ leher sampai ke betis dengan hanya RM 100 SAHAJA!!

Proses bekam seluruh badan ini akan melibatkan penggunaan sebanyak lebih kurang 22 Point.


Proses berbekam akan mengambil masa lebih kurang 1jam - 2jam.
Sila hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, February 14, 2012

Sakit Tengkuk & Belakang


DIANGGARKAN 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk.

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:

1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
4. Berdiri terlalu lama.
5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
6. Duduk membongkok di kerusi.
7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
8. Memakai kasut bertumit tinggi.



Ahli Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibu negara, Siti Suraiya Yusa, berkata kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.

“Tekanan tidak normal secara berlarutan boleh membawa kepada perubahan struktur tulang belakang seperti kemerosotan cakera dan sendi, pemanjangan dan pemendekan ligamen dan otot sokongan dan rawan yang haus atau terkoyak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini.

Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.

Siti Suraiya berkata, keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantung, paru-paru dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan belakang.

Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?

“Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai),” katanya.

Malah, tegas Siti Suraiya, asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.

Katanya, penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.

Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.

“Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal,” katanya.

Dari sudut pengalaman saya, bekam adalah cara terbaik untuk menyembuhkan sakit tengkuk dan belakang yang disebabkan oleh cara hidup atau penyakit yang dihidapi.


Tetapi ia bergantung pada keizinan dari Allah.
Sepanjang saya menjadi jurubekam, 100% pesakit yang datang berjumpa saya, sakit tengkuk & belakang mereka sembuh. Alhamdulillah.
Gaya hidup selepas berbekam adalah amat penting untuk memastikan sakit tengkuk & belakang tidak berulang dalam jangka masa terdekat.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Puncasakitleher_belakang/Article/index

Wassalam.

Tuesday, February 7, 2012

Madu


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya & anda yang sedang membaca masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup oksigen secara PERCUMA di bumi Allah.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai nafsu untuk makan & mengisi perut.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai nafsu untuk minum & menghilangkan dahaga.

Alhamdulillah, saya & anda masih mempunyai tubuh yang masih lengkap apabila bangun dari tidur. Cuba bayangkan, sebelum tidur, anggota kita lengkap.Tetapi apabila bangun pada pagi berikutnya, salah satu tangan kita tiada! Allahuakbar. Itu tak mustahil kalau Allah hendakkan ia berlaku. Tetapi Allah Maha Adil, Dia takkan biarkan ia berlaku tanpa ada penyebabnya. Alhamdulillah.

Entri kali ini saya mengajak diri saya & anda untuk belajar salah satu nikmat yang Allah turunkan kepada manusia seluruh alam; MADU.

Madu adalah terkandung dalam salah satu dari diet pemakanan Rasulullah s.a.w.

1. 'Asal (Madu Lebah)
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan
hadis Nabi saw. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.

2. Seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 68-69, maksudnya: "...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia".

3. Dalam kitab "Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi" oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan".

4. Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan
beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.
Meruqyah madu:

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

5. Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa: “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.
" Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan yang haram," demikian pesanan Nabi SAW kepada umatnya.

Suatu ketika Nabi dikunjungi Abu Said Al-Khudry dan mengadukan tentang saudaranya yang sedang sakit. Dia ingin mendapatkan pertolongan Nabi untuk mengubati penyakit itu. "Minumlah madu," demikian Nabi berpesan kepada Abu Said.
Abu Said segera pulang menemui saudaranya yang sedang sakit lalu mmenyuruhnya
mmeminum madu sepertimana pesanan Nabi. Tetapi tidak juga sembuh, malah kelihatan
seperti bertambah sakit. Beliau kembali menemui Nabi dan memberitahu keadaan sakit
saudaranya itu. "Allah tetap benar, hanya perut saudara engkau yang berdusta," jawab Nabi SAW kepada Abu Said.
Baginda menyuruh meminum madu itu lagi. Abu Said segera kembali ke rumah dan menyuruh saudaranya meminum madu lagi. Namun sakitnya belum sembuh sehingga diberitahu lagi kepada Nabi SAW dan baginda tetap menyuruh minum madu itu sampai empat kali. Akhirnya sembuh dan Abu Said menemui Nabi memberitahu hasil yang menggembirakan."Allah tetap benar, hanya perut saudara kamu yang berdusta," demikian Nabi mengulangi katakatanya dahulu.

7. Madu kemudian dikenali sebagai satu ubat yang baik diminum untuk kesihatan manusia. Nabi SAW telah memberitahu kepada umatnya sejak dahulu lagi.

8. Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.


Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal
madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan
mengamalkan pengambilan madu lebah asli. Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan
banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis
penyakit seperti:-

• Kencing manis
• Barah/Kanser
• Mata kelabu
• Letih/Lesu/Tenat
• Tenaga batin/Seks
• Lendir/Kahak
• Penyeri muka
• Awet muda
• Pendarahan otak
• Gastrik
• Gagap
• Batuk kering
• Lupa
• Keracunan Makanan
• Asma/Lelah
• Sakit puan
• Resdung
• Darah tinggi
• Bersalin - senang
• Batuk
• Penyakit Kulit
• Sakit Telinga
• Lemah jantung
• Jerawat
• Pening
• Pekak
• Lumpuh
• Uban (Berpenyakit)
• Susah tidur
• Sakit sendi • Sembelit
• Selsema
• Alahan/Allergic
• Kanak-kanak (Sihat)
• Rambut gugur
• Sakit pinggang
• Terbakar
• Sakit kepala
• Angin
• Luka
• Keputihan
• Bintik-bintik hitam
• Haid
• Buasir
• Kurang darah
Dan lain-lain lagi




Khasiat untuk pelbagai peringkat umur

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh
para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu
akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
(Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan
nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran
sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Subhanallah, binatang @ serangga yang begitu kecil, mempunyai manfaat yang begitu besar untuk manusia.
Pengalaman saya, setiap awal pagi & sebelum tidur saya akan ambil 1 sudu madu asli.
Hasilnya, tidur saya lebih lena, bangun pagi dengan segar, kurang mengantuk di pejabat, sistem perkumuhan yang lawas dan bertenaga.
Saya juga aktif bersukan badminton.Sebelum bersukan, saya akan ambil 1 sudu sebelum beraksi.Alhamdulillah, aksi saya lebih bertenaga.

Batuk & selsema tidak dapat dielakkan terutama apabila perubahan cuaca yang tak menentu.Apabila diserang batuk & selsesa, sy tida terus pergi jumpa doktor dan ambil ubat yang mengandungi dadah & bahan kimia, tetapi sy amalkan madu setiap pagi, tengahari dan malam.Alhamdulillah, berkat amalan Rasulullah dan keizinan Allah, sembuh.

Begitu juga dengan anak saya yang berumur 10 bulan buat masa ini. Selsema & batuk, saya bagi makan madu 1 sudu kecil. InsyaAllah, sembuh. Tetapi kalau sudah teruk sangat, berjumpa lah dengan doktor.

Sekian dahulu dari saya, semoga berjumpa lagi, insyaAllah. Salah dan silap saya, harap maafkan dan perbetulkan.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...