Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Monday, November 21, 2011

Bekam Tanduk




Berbekam atau menghisap darah merupakan satu aktiviti yang biasanya dibuat setiap tahun sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Ia adalah persediaan bagi orang-orang yang akan menjalani ibadah puasa. Adalah dipercayai bahawa sesuatu penyakit itu dapat dihilangkan dengan cara berbekam atau mengeluarkan darah-darah dari kepala atau dari mana-mana bahagian tubuh seseorang. Selain daripada bahagian belakang kepala, bahagian-bahagian yang biasanya dituris untuk tujuan bekam ialah, bahu, lutut, pinggang dan di perut betis atau "anak anjing". Tempat-tempat ini dipercayai sebagai tempat terkumpulnya darah penyakit atau darah kotor.
Berbekam biasanya dibuat pada awal pagi iaitu sebelum orang yang akan dibekam itu mandi dan bersarapan. Ini adalah bagi menjamin pengaliran darah penyakit keluar lebih banyak dari masa-masa lain.
Sebelum berbekam, sebaiknya senaman dilakukan agar perjalanan darah di dalam badan menjadi licin dan mengalir keluar dengan mudah apabila dihisap oleh tukang bekam. Tukang bekam akan membawa bersamanya alat-alat yang akan digunakan dalam kerja-kerja membekam seperti pisau cukur, tanduk lembu, lilin, besi pencucuk lilin, sabut kelapa atau kain buruk dan beberapa biji tempurung.
Kebiasaannya setiap orang akan berbekam akan membawa sebutir tempurung jantan yang tidak berlubang. Darah yang akan keluar apabila dibekam akan dimasukkan ke dalam tempurung tersebut dan ditanam ke dalam tanah. Darah dari proses bekam itu akan ditanam di tempat-tempat sejuk di bawah pokok nipah atau pokok pisang. Adalah dipercayai bahawa orang yang berbekam itu akan berasa sejuk sepanjang hari.
Sebelum berbekam, seseorang itu perlu berada pada keadaan tenang dan berniat bahawa berbekam itu adalah satu ibadat sunat. Adalah difahamkan bahawa amalan berbekam ini pernah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan dilakukan oleh orang-orang Islam sebagai cara untuk mengeluarkan penyakit. Hampir lapan ratus tahun dahulu apabila orang-orang Melayu menerima ajaran Islam, mereka juga turut menerima amalan berbekam daripada orang-orang Arab tetapi menggunakan cara atau kaedah orang Melayu sendiri.
Kebiasaannya rambut di bahagian belakang kepala akan dibekam di cukur seulas mulut tanduk iaitu lebih kurang dua inci persegi. Mulut atau pangkal tanduk lembu akan diletakkan di tempat yang akan dibekam. Tukang bekam akan menghisap darah dari lubang kecil di hujung tanduk hingga wujud hampagas di dalam tanduk dan tanduk itu akan melekat di kepala. Lubang kecil di hujung tanduk itu akan ditutup dengan lilin.
Selepas beberapa minit, tanduk itu akan ditanggalkan dengan mencucukkan lilin yang melitupi lubang di hujung tanduk itu dengan sebatang besi sebesar paku kecil. Bahagian kepala yang sudah dibekam akan membengkak dan meninggalkan kesan sebesar keluasan mulut tanduk tersebut. Kulit kepala akan dituris dengan pisau penyukur sekurang-kurangnya sebelas turisan. Setiap turisan itu sepanjang satu milimeter dan hanya melukakan kulit sahaja. Kulit kepala yang ditoreh itu tidak akan berasa sakit kerana kulit kepala menjadi tegang akibat daripada hisapan tukang bekam.
Tanduk akan dilekapkan semula di atas turisan. Hisapan akan dibuat sekali lagi oleh tukang bekam untuk mewujudkan hampagas di dalam tanduk. Hampagas atau vakum yang tercipta di dalam ruang tanduk akan menyebabkan darah mengalir keluar dan terkumpul di dalam tanduk.
Orang yang berbekam perlu berada dalam keadaan menunduk kepalanya ke bawah supaya tanduk yang kian dipenuhi oleh darah dapat diimbangi dengan sempurna.
Setelah tanduk dipenuhi dengan darah berhenti mengalir, tukang bekam akan menanggalkan tanduk dan membuangkan darah itu ke dalam tempurung. Bahagian yang berdarah akan dibersihkan dengan sabut kelapa dan tanduk yang telah dibersihkan dilekapkan semula di kepala orang yang berbekam.
Proses menciptakan hampagas atau vakum itu dilakukan sebanyak tiga kali dengan menghasilkan tiga tanduk darah. Kerja berbekam dikira selesai untuk tahun itu bagi orang yang berbekam walaupun masih terdapat lagi darah yang dianggap berpenyakit boleh disedut keluar.
Darah di dalam tempurung itu akan dikaji oleh golongan tua. Darah yang berbuih menunjukkan terdapat angin dalam saluran darah seseorang. Keadaan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam badan dan menyebabkan sakit kepala serta lenguh. Darah yang beku dan hitam serta badan yang panas menunjukkan pesakit memerlukan ketenangan dan tidak perlu memakan ubat-ubatan yang panas lagi. Darah yang mengandungi air pula selalunya akan menyebabkan sakit di sendi dan tulang-tulang. Apabila darah ini dikeluarkan, seseorang itu berada dalam keadaan yang agak baik dan dapat berpuasa dengan selesa.
Setelah selesai berbekam, tukang bekam akan memicit tengkok dan bahu orang yang berbekam agar kembali segar dan pulih semangatnya. Beliau seterusnya boleh bersarapan dan mandi.
Orang yang berbekam juga dinasihatkan agar tidak tidur pada sebelah siangnya kerana ditakuti bahagian yang dituris tadi akan tertekap pada bantai dan ini akan menyebabkan pengaliran darah tadi dimasuki angin kotor dan perlu dibekam semula.
Orang yang telah berbekam boleh menjalani ibadah puasa dengan lebih yakin kerana dipercayai tidak menghadapi masalah pening kepala apabila dikejutkan untuk bersahur. Kesihatan juga tidak terganggu walaupun dalam keadaan tidak cukup tidur setiap malam di sepanjang bulan puasa.
Masyarakat di Timur Tengah mencipta hampagas dengan membakar secebis kertas di dalam gelas kecil yang dilekapkan di kelapa atau ditempat yang hendak di bekam. Gelas ini menggantikan tanduk. Masyarakat di pendalaman Pulau Jawa menggunakan lintah untuk menyedut darah berpenyakit keluar. Biasanya tiga ekor lintah digunakan untuk menyedut darah keluar dari kepala seseorang. Adakalanya sebanyak tujuh ekor lintah diperlukan untuk seseorang yang sering menghadapi masalah sakit kepala yang keterlaluan.

Thursday, November 10, 2011

Vertigo & Terapi Bekam


Vertigo adalah dimana terjadi terasa pusing seperti berputar yang sangat mengganggu. Penderitanya bahkan terasa mual-mual dan muntah dan juga boleh terjatuh ketika serangan vertigo ini terjadi. Dalam artikel ini kita akan membahas tentang vertigo dan pengubatannya serta pelbagai hal penting mengenai vertigo dan perubatannya.

Gejala Vertigo:

Gejala vertigo diantaranya:
1. Pusing seperti berputar
2. Kepala terasa ringan
3. Rasa terapung, terayun
4. Mual-Muntah
5. Keluar peluh dingin
6. Muka Pucat
7. terhuyang-hayang waktu berdiri atau berjalan

Jenis Vertigo : Vertigo dan pengubatannya

Vertigo Perifer
Vertigo perifer disebabkan oleh disfungsi struktur perifer hingga ke batang otak.

Vertigo Sentral
Vertigo sentral melibatkan proses penyakit yang mempengaruhi batang otak atau serebelum.
1. Vertigo perifer adalah cepat (waktunya singkat atau serangannya cepat terjadi), sedangkan vertigo sentral  adalah perlahan. Dengan kata lain, durasi gejala pada vertigo perifer terjadi dalam jangka masa minit, harian, mingguan, kadanga kalaberulang.
2. Penyebab umum vertigo perifer adalah infeksi, Ménière’s, neuronitis, iskemia, trauma, toksin. Penyebab umum vertigo sentral adalah vaskuler, demyelinating, neoplasma.
3. Intensi vertigo perifer sedang hingga berat, sedangkan vertigo sentral ringan hingga sedang.
4. Mual dan muntah umumnya terjadi pada vertigo perifer dan jarang terjadi pada vertigo sentral.
5. Vertigo perifer umumnya berhubungan dengan posisi, sedangkan vertigo sentral jarang berhubungan dengan posisi.
6. Kehilangan pendengaran hingga kepekakkan umumnya terjadi pada vertigo perifer dan jarang terjadi pada vertigo sentral.
7. Telinga berdesing seringkali menyertai vertigo perifer. Pada vertigo sentral, biasanya tidak disertai telinga berdesing.


Vertigo dan Pengubatannya secara Ilmiah

Kayu manis
Menurut, Prof. Hembing, kayu manis berkhasiat untuk penyakit asam urat, tekanan darah tinggi, tiada nafsu makan, sakit kepala (termasuk vertigo), masuk angin, diarhea, perut kembung, muntah-muntah, gernia, susah buang air besar, asma, sawan, sakit kencing, dan lain-lain. Selain itu, kayu manis memang memiliki efek farmasi yang diperlukan dalam ubat-ubatan. Kulit batang, daun, dan akarnya dapat dimanfaatkan sebagai ubat antirematik, banyak berpeluh, banyak buang angin, meningkatkan nafsu makan, dan menghilangkan sakit.

Vertigo dan Pengubatannya :  Terapi Bekam
Terapi Bekam dapat dilakukan untuk menyembuhkan penyakit Vertigo. Pengubatan ini berfungsi untuk memperbaiki organ dalam kepala terutama organ keseimbangan dan saraf utama kepala. Pembekaman dilakukan seminggu sekali sampai kondisi membaik. Lama terapi bergantung pada keparahan penyakit. Untuk vertigo ringan cukup 2-3 kali terapi. Setelah pulih cukup dengan mengulang  sebulan atau dua bulan sekali.

Thursday, October 13, 2011

Terapi rawatan ikut sunnah semakin dilupakan



BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.


Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.


Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.


Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.


Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.


Kata Dr Nik Fairuz, jenis bekam biasanya mengikut pilihan pesakit yang kebanyakan bertujuan membuang angin dan darah kotor.


“Kebanyakan mereka yang mengunjungi pusat rawatan ini memilih untuk berbekam atas saranan dan nasihat rakan-rakan yang pernah merasai kebaikan berbekam terutama amalan bekam sunnah,” katanya yang menjelaskan pesakit yang menderita barah, ketumbuhan yang mencurigakan, fibroid (sista), lupus (SLE), kudis kronik, jangkitan, sawan (gila babi), HIV/Aids, orang fobia, mengandung, penyakit kelamin dilarang berbekam.


“Kami tidak merawat kanser, tetapi tidak dinafikan ada pesakit yang datang untuk berbekam atas fahaman dan keyakinan seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.


Dr Nik Fairuz mendapat tauliah pakar bekam daripada Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (Fahom).


Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.


Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.


“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.


Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.


Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.


Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.

sumber : Berita Harian

Thursday, October 6, 2011

25 September 2011- Encik Mohd Noh(Alor Gajah)

Salam,

N3 ni agak terlewat sedikit.Ramai pesakit yang telah menerjah saya, ditambah pulak Open house serta aktiviti yang tak henti-henti..Oklah pada 25 September 2011 lalu, sahabat sayang telah memohon untuk rawatan terapi bekam. Beliau mengalami sakit kepala,sakit di bahagian lumbar ( bahagian pinggang diatas sedikit daripada punggung), dan juga sakit2 dibahagian belakang badan.


 Bekam di kepala, bekam angin dan bekam darah

Point sunnah nabi



Bekam di bahagian belakang badan, dan kawasan lumbar

Semoga beliau akan sembuh dengan Izin Allah..

24 September 2011- Kak Long (Alor Gajah)

Salam,

Pada 24 September yang lalu seorang pesakit wanita telah menjalani rawatan Terapi bekam bersama dengan isteri saya. Beliau mengalami sakit dibahagian Belakang (belikat). Alhamdulillah selepas menjalani sesi terapi Beliau menyatakan Bada beliau terasa ringan dan terasa segar.

Kami doakan beliau akan dapat menjalankan kehidupan harian dengan ceria..amin...

(Gambar beliau tidak dapat kami siarkan atas sebab-sebab aurat)

Wednesday, October 5, 2011

Slip Disc



Slip disc menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi tempoh yang lama. Ianya boleh mengakibatkan anda hilang daya kawalan keatas pundi kencing. Jadi, anda perlu mencari rawatan awal untuk mengelakkan dari ianya berlarutan dan semakin parah. Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya. Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga dibahagian pinggul seterusnya ke kaki dan kebawah.
Gejala ini akan menyebabkan kesakitan yang ektreme berturusan selama disc tersasar. Walaupun slipped disc terjadi di daerah pinggang, naum ia juga boleh terjadi di mana saja dia bahagian tulang belakang.

Gejala yang biasa terjadi


Simptom lumbar slipped disc
  • gejala ini biasanya membuatkan seseorang berasa kebas, lemah otot, sakit atau berasa menyucuk di bahagian punggung, kaki dan jari.

Simptom Servikal Slipped Disc

  • gejala ini bergantung pada saraf yang dipengaruhi oleh slipped disc. Ini termasuklah rasa sakit yang menjalar, kekebasan, kelemahan otot atau perasaan menyucuk (kesemutan) di leher, lengan, bahu atau tangan.
Kesukaran dalam mengawal fungsi pundi kencing dan usus
  • Sakit ini juga dikenali sebagai “Cauda Equina Syndrome”. Anda akam berasa kebas, perasaan kesemutan disekitar alat kelamin ataupun dubur, kesakitan dibawah punggung, kelumpuhan pada satu atau kedua-dua kaki atau sakit di paha bahagian dalam. Ini merupakan keadaan yang sangat serius dan harus mendapatkan perubatan segera.
Jika penyakit ini tidak diubati atau dirawat, slipped disc (cauda equina syndrome) boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf yang mengawal pundi kencing dan usus, anda mesti mendapatkan rawatan yang segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...