Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Monday, May 22, 2017

LOKASI BARU KAMI!!!

Assalamualaikum sahabat...

Untuk pengetahuan sahabat semua, saya telahpun berpindah dari SERI KEMBANGAN  ke ALOR GAJAH, MELAKA sejak Disember 2016 lagi.

Kepada sahabat yang berhajat untuk mendapatkan khidmat saya, berikut adalah alamat & perincian saya :

🏡Bt 15 1/2, Kampung Jelatang,
Alor Gajah, Melaka.
(2.3848924 , 102.220147)

Landmark : Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah.

⏰Waktu rawatan
Isnin - Ahad (0900pg - 0630ptg)
(0900mlm - 1000mlm)
 

📌Sila bawa ujian kesihatan anda untuk rujukan (Jika ada)...
.
📌Sila pakai seluar panjang tracksuit @ slack.
.
📌Tak perlu temujanji, hubungi saya dahulu sebelum datang.

Boleh lawat Fb saya : Rawatan Slipped Disc


Kalau sahabat semua ada pertanyaan, bolkeh hubungi saya terus di 0193883258 / 0132111668

Terima kasih

Friday, August 28, 2015

MENDERITA KENCING MANIS SELAMA 8 TAHUN, AKHIRNYA SEMBUH!!

[MENDERITA KENCING MANIS SELAMA 8 TAHUN, AKHIRNYA SEMBUH!!!]

Pesakit lelaki berusia 50an, disahkan oleh doktor mengidap kencing manis sejak berumur 40an lagi atas faktor pemakanan yang diluar kawalan.

Allah temukan kami pada suatu hari, dan saya usulkan kepada beliau untuk menjalani rawatan hijamah ODT (Oxidant Drainage Therapy) dengan kekerapan seminggu sekali.

Alhamdulillah, selesai rawatan kali ke-6, beliau menjalani rawatan pemeriksaan glukosa sekali lagi dan terkejut kerana kadar glukosa beliau turun kepada 6.5!!!

Allah menyembuhkan beliau dengan asbab rawatan ODT.

Sabdab Rasulullah s.a.w,"Pengubatan yang terbaik untuk umat aku lakukan ialah hijamah."

Anda ada ibu / bapa / suami / isteri / saudara mara / kawan-kawan yang mengalami penyakit kencing manis???


KOLESTEROL KEMBALI KE PARAS NORMAL!!

[KOLESTEROL KEMBALI KE PARAS NORMAL!!!]

Pesakit lelaki berumur 34 tahun, disahkan oleh doktor pakar di Hospital Pakar KPJ Kajang mengalami kolesterol yang tinggi dengan bacaan 7.5.

Beliau datang berjumpa saya & bertanya tentang rawatan Hijamah ODT (Oxidant Drainage Therapy) untuk masalah kesihatan beliau.

Alhamdulillah, selepas 2 kali rawatan sahaja, kolesterolnya turun mendadak ke paras normal!!! Bacaan selepas rawatan 4.1!!!

Beliau kini tak perlu makan ubat dari hospital!!!

Sabda Rasulullah s.a.w,"Pengubatan yang terbaik untuk umat aku lakukan ialah hijamah."
Anda ada ibu bapa / suami / isteri / saudara mara / kawan kawan yang mengalami masalah yang sama; kolesterol tinggi?

Tag nama mereka disini & katakan pada mereka, penawar untuk masalah sudah dijumpai!!!

***Keputusan dari makmal hospital pakar juga disertakan untuk bukti klinikal, bukan hanya cakap-cakap kosong tanpa bukti klinikal***

Thursday, July 30, 2015

Sakit Pinggang & Punca

1. Masalah Pergerakan
     -Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

2. Kecederaan
     -Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.

3. Penyakit
    -Scoliosis; Ini menyebabkan lengkunan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua),

    -Spondylolisthesis; Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)

    -Spinal stenosis;  Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.

    -Endometriosis; satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.

    -Fibromyalgia;  keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.

    -Penghidap batu karang; ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya

    -Semasa dan selepas seseorang mengandung

4. Jangkitan dan Barah
    -Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apaibla melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).

5. Tekanan diri (Stress)
    -Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang, dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.




Thursday, July 23, 2015

Rawatan Slipped Disc

PUNCA SLIPPED DISC

Terdapat berberapa punya dan faktor belakunya sakit belakang(slipped  disc) ini, seperti buah pingang yang lemah dan sejuk, kecederaan fizikal dan tekanan tidak sekata pada disc. Slip disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahaigan organ dan tisu yang lain di sekeliling disc rosak. Ini menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar.

Tidak ada penyebab yang 100% pasti kenapa ianya terjadi, Namun sebahagian beras kes slipped disc disebabkan usia. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.
Faktor-faktor dibawah ini dapat meningkatkan tekanan dan ketengangan pada tulang belakang anda.
  • Pekerjaan yang melibatkan anda menangkat beban yang berat.
  • Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi,lori dan lain-lain)
  • Berat badan yang berlebihan
  • Menyertai sukan angkat berat.
  • Mempunyai kecederaan belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta dan kecederaan sumsum tulang belakang.
  • Bersifat suka membongkok.
  • Perokok.

Semua pekara atau situasi diatas dapat melemahkan tisu disc. Yang boleh menyebabkan slipped disc. Jika anda mempuyai faktor-faktor yang digambarkan diatas anda dan mencari rawatan alternatif yang tebaik anda boleh datang ke pusat rawatan kami di Seri Kembangan, 7 hari seminggu dari 1030pg - 10mlm. Rawatan adalah untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim.







Wednesday, July 8, 2015

Penawar Untuk Batu Karang

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Faktor Risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

ODT / Oxidant Drainage Therapy Untuk Penyembuhan Total.

Oksidan / radikal bebas yang berkumpul didalam tubuh manusia menghalang pengaliran darah yang bernutrisi untuk dihantar ke organ-organ tertentu & secara tidak langsung, batu karang terbentuk secara perlahan-lahan.
Dengan cara ODT, batu karang dapat dikeluarkan secara alami, iaitu melalui air kencing.
Berikut adalah testimonial yang dapat disembuhkan dengan asbab ODT





Hubungi saya, Mohd Zaifan di 0193883258 untuk sesi rawatan ODT, insyaAllah untuk semua jenis penyakit kronik & kritikal, untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim ni Seri Kembangan dari pukul 10pg ~ 10mlm 7 hari seminggu.

Wednesday, May 7, 2014

Kebas Kaki

[TIADA LAGI RASA KEBAS SEMASA SOLAT JUMAAT!!]

Rasa kebas kaki semasa khutbah Jumaat bukan sesuatu yang seronok. Seringkali mencari tembok kerana pinggang lenguh, duduk saf paling tepi sebab senang nak berlunjur.

Tak cuba gabungan terapi pembetulan tulang & bekam pada point mujarab kami, tak tau. Dah cuba, hasilnya, WOWWW!!! TIADA LAGI KEBAS KAKI!!!

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.







Sakit Pinggang

Datang dengan sakit pinggang, tak boleh duduk lama, dalam hanya 1 1/2 jam, gabungan rawatan urut pembetulan tulang & bekam pada point-point tertentu, terus lega...kesakitan yang dialami selama ini terus hilang.

Kami bukan buat magic, tapi itu adakah kenyataan rawatan yang kami berikan. Kami hanya usaha, selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa.

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Jangan biarkan kesakitan menghantui tubuh andaaa~~


Dalam Masa 2 Jam, Kebas Tangan Hilang!!!

Walaupun badan sihat dengan aktiviti sukan dan makan makanan yang lengkap, rasa lenguh badan dan kebas tangan tidak dapat dielakkan. Terutama apabila kesakitan itu dah "bersarang" lama didalam badan.

Itu apa yang dialami oleh beliau. Hasil gabungan terapi pembetulan tulang dan bekam pada point-point khas selama 2jam, hasilnya cukup mengagumkan!!!

Hubungi talian 24jam kami 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Sampai bila nak menderita sakit???





Pembetulan Tulang Belakang & Pinggul

Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah seperti Yumeiho dan Kiropraktik. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan tetapi tujuannya adalah sama iaitu memperbetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah.

Pembetulan tulang belakang merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit pinggang, slip disc, kebas kaki atau tangan, sakit tengkuk atau leher dan lain-lain.

Masalah sakit pinggang berpunca daripada bahagian tulang belakang yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya.


Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah tertentu yang kami tawarkan.

Anda yang berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang bolehlah menghubungi:

Pusat Latihan & Rawatan Alternatif Zeekay
No 103, Jalan LEP 1/5, Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan,
Selangor

Dibuka setiap hari
Waktu: 11pagi ~ 10malam

0193883258

Kos rawatan:
Rawatan pembetulan tulang belakang RM60 / sesi

*Sila hubungi kami dahulu sebelum datang



Monday, February 17, 2014

Terapi Yumeiho; Terapi Pembetulan Tulang Belakang


Assalamualaikum / salam sejahtera,

Last but not least, servis tambahan kami berikutnya ialah YUMEIHO atau urutan pembetulan tulang belakang dan pinggul (terutamanya).

Apa benda YUMEIHO ni?

Ia bertujuan untuk membetulkan tulang-tulang seluruh tubuh, mengendurkan otot-otot dan jaringan sel-sel organik serta secara radikal menghilangkan penyakitnya, dengan tulang pinggul sebagai pusatnya.

Siapa yang patut mendapatkan urutan YUMEIHO ni?

Terlalu banyak penyakit yang insyaAllah boleh disembuhkan dengan urutan ini. Antaranya kebas kaki atau tangan, vertigo, salur darah tersumbat, sakit leher @ tengkuk, kaki pendek sebelah, bongkok, sakit pinggul, tumit dan kaki, pening kepala, lesu dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi kalau hendak disenaraikan.

Jadi, dengan gabungan bekam & urutan ini, insyaAllah peluang untuk anda sembuh semakin cerah. Ada kalanya cukup dengan urutan YUMEIHO ini, tak perlu bekam pun sudah boleh sembuh, insyaAllah.

Jadi, untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian 24jam kami di 0193883258.

Wassalam

IRIDOLOGI : Servis Terbaru Kami



Apa itu IRIDOLOGI?

Ia adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus di anak mata.

Ia membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempunyai beribu ribu juta saraf halus,tisu dan sel-sel yang bersambung ke sistem badan melalui saraf otak.

Setiap kerosakan pada saraf di anak mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.

Jadi, apa faedah yang pelanggan & pesakit kami dapat?

InsyaAllah saya boleh memberitahu anda penyakit yang sedang anda alami dan penyakit yang mungkin anda boleh hidapi, tahap kronik penyakit anda dan langkah-langkah pencegahan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 24/7 kami 0193883258.

Wassalam

Saturday, July 20, 2013

KURSUS ASAS TERAPI GHURAH RESDUNG (KATG)

KURSUS ASAS TERAPI GHURAH RESDUNG (KATG)

Dengan kepakaran kami selama 2 tahun menjalankan khidmat terapi ghurah resdung kini kami sedia untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat untuk mempelajari terapi ghurah.

Terbuka kepada semua lelaki & wanita berumur 18 tahun keatas.

Tarikh kursus:


Kami sedia menjalankan kursus atas permintaan pada bila-bila masa walaupun hanya seorang.

Masa : 3.00 petang ~ 5.00 petang

Tempat :

Pusat Rawatan Terapi Bekam & Ghurah Zeekay,
No 103 Jalan LEP 1/5, Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia



**Gambar hiasan**

Yuran kursus : RM250 / seorang

Kelengkapan PERCUMA :

1. 1 x Serbuk ghurah (boleh digunakan untuk lebih daripada 15 pesakit)
2. 1 x lilin telinga
3. Rujukan selama 1 tahun

Anda berminat?

Sila SMS  KATG  <NAMA> <NO IC> <TARIKH PILIHAN> dan hantar ke 0193883258

-Mohd Zaifan Mohd Rashid-
Pengasas Pusat Terapi Bekam & Ghurah Zeekay



Wassalam

KURSUS ASAS TERAPI BEKAM (KATB)

KURSUS ASAS TERAPI BEKAM (KATB)

Dengan kepakaran kami selama 2 tahun menjalankan khidmat terapi bekam, kini kami sedia untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat untuk mempelajari terapi bekam sunnah.

Terbuka kepada semua lelaki & wanita berumur 18 tahun keatas dan tidak mabuk darah.

Praktikal melakukan bekam darah tanpa cukur secara automatik & manual.

Tarikh kursus:
 
Kami sedia menjalankan kursus mengikut permintaan walaupun hanya seorang.

Masa : 9.00 pagi ~ 1 petang

Tempat :

Pusat Rawatan Terapi Bekam & Ghurah Zeekay,
No 103 Jalan LEP 1/5, Taman Lestari Putra Seksyen 1,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia


 
 **Gambar hiasan**


Yuran kursus : RM350 / seorang

Kelengkapan PERCUMA :

1. set cupping kit 24 cup
2. 1 batang pen bekam
3. 50pcs jarum bekam
4. nota
5. sijil
6. Rujukan selama 1 tahun

Anda berminat?

Sila SMS  KATB  <NAMA> <NO IC> <TARIKH PILIHAN> dan hantar ke 0193883258

-Mohd Zaifan Mohd Rashid-
Pengasas Pusat Terapi Bekam & Ghurah Zeekay

Wassalam. 

Sunday, April 14, 2013

Bekam Tanpa Cukur

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada antara kita yang apabila diajukan nasihat untuk berbekam di kepala, ramai yang menolaknya. Alasannya, sayang nak memotong rambut, taknak kelihatan botak dan sebagainya.

Secara konvensional, bekam di kepala memang memerlukan rambut di kawasan kepala yang hendak dibekam akan dipotong dan dicukur.

Jika tidak dicukur, cawan bekam sukar melekap pada kulit kepala dan darah kotor tidak boleh disedut keluar.

Tetapi dengan bantuan teknologi yang ada sekarang ini, tidak perlu lagi cukur atau potong rambut. Kerana saya kini menawarkan bekam kepala tanpa perlu cukur atau potong rambut.

Itu adalah kepala saya... :D

Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bekam kepala tanpa cukur? Boleh hubungi saya di 0193883258 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Wallahua'lam

Friday, April 5, 2013

Steril Alatan Bekam


Seringkali  kebersihan alatan bekam menjadi kerisauan orang ramai.
Dengan kami, anda tak perlu risau kerana setiap alatan yang kami gunakan sesudahberbekam melalui proses beriku:

1. Merendam alatan dengan air biasa semalaman.
2. Merendam alatan dengan larutan dettol.
3. Merendam dan mencuci alatan dengan sabun.
4. Menjemur alatan di bawah pancaran matahari.
5. Mensteril alatan dengan menggunakan UV Sterilizer.
6. Lap alatan bekam dengan larutan alkohol sebelum digunakan semula.

Jadi, kenapa ragu-ragu dengan alatan yang kami gunakan? Kebersihan alatan adalah keutamaan kami.
Hubungi kami di 0193883258 untuk sebarang pertanyaan atau temujanji terapi bekam / ghurah (resdung).

p/s: LIKE fanpage kami www.facebook.com/bekamcupping untuk mengetahui sebarang berita semasa kami.

Saturday, March 30, 2013

Air Zam-Zam PERCUMA!!!


Pusat Terapi Bekam kami akan memberi secara PERCUMA sebotol air zam zam kepada setiap pesakit.
Sampai bila? InsyaAllah sampai bila-bila....tiada caj tambahan....ia PERCUMA..


p/s: Untuk sebarang promosi & berita terkini, sila LIKE fanpage kami : https://www.facebook.com/bekamcupping

Monday, March 18, 2013

Khasiat Dan Kelebihan Cuka Kurma


Apa itu KHAL
 
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.


Kandungan Cuka Kurm
 
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).
 
Khasiat Cuka Kurma

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.


Wallahua'lam

p/s: Boleh call / SMS / Whatsapp / viber @ +6019-3883258 untuk pembelian cuka kurma dari saya. RM20 untuk 400ml (COD).

Sunday, March 17, 2013

Komen - Pesakit Resdung Selepas terapi Ghurah


Alhamdulillah....

Pusat Terapi Bekam & Ghurah di Trolak, Perak



Alhamdhulillah...minggu lepas sudah selamat saya buka satu lagi pusat terapi bekam dan ghurah di Trolak Timur, Perak.
Sambutan, Alhamdulillah tidak mengecewakan.
Bagi mereka yang duduk sekitar Trolak, boleh hubungi saya di 0193883258 untuk temujanji rawatan terapi bekam & ghurah. Makanan tambahan kesihatan 'kapsul minyak habbatussauda' & minyak zaitun juga ada dijual....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...