Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah
hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin
Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang
bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar
nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti
akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada
Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis
tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan
beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak
ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur
Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.
Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya
mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk
kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk
trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan
berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam
makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk
kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani
untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi
parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya
sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan
Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru
mengakui kebenarannya.
Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa
ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur
Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah
dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh
sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya:
“Hendaklah
kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat
untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata:
“Kami
keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan,
lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu
Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah
dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu
tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi
ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya
habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali
penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham
adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk
beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah,
membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran
rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan
sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu
karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine
menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan
kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the
Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit
seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan,
masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain,
menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam
tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan
sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga
mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin
atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin
ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin
ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan.
Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang
berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah
ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu
dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi
fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat
menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya
konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan
tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus
sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi
metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi
jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk
mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.
Antara Khasiat Habbatussauda:
1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.
Wallahua'lam
p/s: Bagi yang berminat untuk mendapatkan kapsul habbatussauda' samada dalam bentuk serbuk atau minyak, boleh lihat pada panel sebelah kanan blog saya ini dengan harga yang berpatutan. Boleh COD atau pos terus kerumah anda. Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh telefon / SMS / Whatsapp / Viber di 0193883258.
No comments:
Post a Comment