Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Tuesday, January 1, 2013

~Muhasabah Diri 2013

Yang PALING JAUH adalah MASA LAMPAU..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkar.

Yang PALING BESAR adalah NAFSU kita…
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsu.

Yang PALING BERAT adalah AMANAH (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnya.

Yang PALING RINGAN adalah SOLAT..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Kerana tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllah.

Yang PALING TAJAM adalah LIDAH..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2.
 
2012 telah kita tinggalkan dengan kenangan pahit & manis. Segala apa yang telah kita lalui, jadikan pengajaran, tauladan dan garis sempadan. Tak mungkin kita akan berjumpa lagi 2012, yang didepan ialah 2013, jangan sia-siakan 2013 jika 2012 telah hancur kita kerjakan. Jadikan 2013 lebih cemerlang jika 2012 telah kita usahakan sebaik mungkin.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...