Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Monday, October 15, 2012

“Semua Ini Allah Yang Izinkan” – Norish Jelaskan Penyakitnya

Assalamualaikum / salam sejahtera.
Artikel kali ni nampak macam saya kaki gossip @ amik tau pasal artis kan?hehehehe.....
Cuba baca dulu, ada isi didalamnya.... ;)

Pagi tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai Norish Karman yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.

Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”

"Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.

Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.

"Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”

Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”

“Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar.

 Sumber : Oh Bulan


Haaaa...ini la isinya yang saya cuba nak sampaikan...
Nampak tak macam mana boleh terjadi sakit sampai macam tu sekali ye? Kerana tekanan pada tulang belakang pada pinggang...kerana angkat beban yang berat dengan cara yang tidak betul.
Kalau lelaki dapat sakit seperti ni? Kalau ia pada peringkat yang teruk, anda kemungkinan menghadapi masalah pada alat sulit.  Ingin tahu lebih lanjut? Layari topik saya yang lain. Klik disini dan disini juga klik disini untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku...

Sekian, wassalam

Jantung


Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. “(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.


Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu. “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah …Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari.

Sumber : Jantung

p/s: Kita jalan, die pun jalan...kita tidur, dia masih jalan....dia berhenti, kita yang jalan.... :D

Sunday, October 14, 2012

Kebas Kaki / Kebas Tangan



Assalamualaikum / salam sejahtera,

Dari pemantauan saya, ramai rupanya yang mempunyai & menghadapi masalah kebas @ semut-semut pada kaki atau tangan atau kedua-duanya.
Secara purata, 8/10 pesakit yang datang kepada saya mengadu masalah tersebut. Dan 4/8 yang datang kepada saya tidak mengadu kepada saya tentang masalah tersebut, melainkan saya yang bertanya.
Apa punca ye sakit kebas kaki ni? Apa penyelesaiannya? Apa pantang larangnya?

Kesemua penghidap sakit kaki kebas ini menghadapinya apabila duduk bersila terlalu lama, mencangkung terlalu lama.
Macam mana pula dengan tangan yang kebas pula? Selalunya terjadi ketika berbaring, atau ketika tangan pegun memagang sesuatu.

Mengapa boleh terjadi begitu?

1. Anda pernah jatuh yang melibatkan pinggang terhentak secara kuat @ perlahan?
2. Kerja anda hanya duduk sepanjang masa?
3. Kerja anda sebagai pemandu kenderaan?
4. Anda penunggang motosikal seharian?
5. Anda kerap meletupkan tengkuk?
6. Anda adalah penggila sukan yang melibatkan piggang?




Dari gambarajah diatas, saraf tunjang kita dilindungi oleh tulang belakang.
Apa akan jadi apabila hentakan secara perlahan @ kuat berlaku @ kita kerap meletupkan sendi pada tengkuk?
Lama-kelamaan disc pada tulang belakang akan beralih (yang biasanya dikenali slip disc) dan menghimpit saraf.
Apabila  ia menghimpit, itu yang anda rasa kebas-kebas pada kaki @ tangan.

Apa perlu buat untuk mencegah?

1. Gerakkan pinggang & sendi-sendi jika anda duduk terlalu lama.
2. Kurangkan aktiviti yang boleh mendatangkan risiko kecederaan pada tulang belakang.
3. Amalkan makanan sihat & seimbang.
4. Kurangkan risiko bekerja yang melibatkan pergerakan tulang belakang yang ekstrem.

Apa risiko yang boleh terjadi?

1. Anggota tangan @ kaki boleh menjadi kebas yang melampau
2. Refleks pada tangan @ kaki lambat.
3. Kegagalan mengawal pundi kencing.
4. Buang air kecil yang tidak lawas @ tidak puas.

Apa yang boleh anda buat untuk mengubati?

1. Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap gilinciran disc anda.
2. Jalani fisioterapi atas nasihat doktor.
3. Jalani pembedahan untuk memperbetulkan kedudukan disc anda atas nasihat doktor.
4. Berbekam.

Boleh ke berbekam mengurangkan & mengubati sakit ini?

Maaf tiada jaminan daripada saya, tetapi insyaAllah jika diizinkan oleh Allah & berkat pengubatan cara Rasulullah s.a.w, segalanya mungkin berlaku.

Apa yang bekam boleh buat untuk sakit ini?

Konsep bekam adalah merangsang saraf yang sakit (sama konsep seperti akupuntur), mengeluarkan darah kotor yang selama ini berkumpul di bawah kulit.

Anda ada soalan? Emel saya bekam4u@gmail.com atau telefon / SMS / Viber / Whatsap @ 0193883258 untuk sebarang pertanyaan atau untuk temujanji terapi bekam.
InsyaAllah saya akan menjawab & melayan anda sebaik mungkin.
Wassalam :D

Tuesday, October 9, 2012

Apa kaitan darah tinggi, sakit jantung @ kolestrol tinggi, migrain, sakit buah pinggang etc?

Assalamualaikum / salam sejahtera.
Anda biasa dengar penyakit tiga serangkai @ 3 beradik? Sakit apa tu eh?
Haaaa...tu la dia sakit jantung, darah tinggi & kencing manis. Sakit keturunan ke ni? Apsal dia panggil tiga serangkai @ tiga beradik?
Tahukah anda itu semua kena mengena dengan kondisi darah anda. Faktor pemakanan & gaya hidup memainkan peranan penting?





Peringkat Pertama : Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.




Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang. 

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.




Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.


  
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...





Anda nampak berapa banyak komplikasi hubung kait semua penyakit yang boleh anda hadapi hanya kerana kepekatan darah anda yang tinggi?
Kenapa darah boleh jadi pekat ye? Jawapannya mudah, cek balik apa yang anda makan :D
Betul ke penyakit 3 serangkai ni penyakit keturunan? Bagi saya TIDAK....kenapa tidak? kenapa tak setuju?
Cuba anda fikirkan, anda dari kecik sudah menikmati masakan ibu yang mana mungkin ibu anda penggemar masakan bersantan yang pekat @ masin. Jadi secara tak langsung, itu juga masakan kegemaran anda.
Agak mustahil nak meninggalkan masakan ibu kan? Jadi, sebab itu saya kata penyakit tiga serangkai @ tiga beradik tu BUKAN penyakit keturunan.
Kesihatan anda, bergantung pada anda.... ;)
Wassalam












Sunday, October 7, 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Asslamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ni saya dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan; ada rakan yang menderita sakit buah pinggang! Allhhurabbi....umur dalam 30-an, tapi sudah diuji Allah dengan sedemikian rupa & yang memeritkan, kedua-dua buah pinggang rosak...sekarang beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani dialisis. Syafakumullah wahai sahabat...

Tahukah anda betapa pentingnya buah pinggang?
Mungkin ada yang tidak tahu mengapa Allah kurniakan sepasang buah pinggang kepada manusia yang sempurna.
Sebagai contoh, kenapa kita ada 4 tayar kereta & 1 tayar spare? Perlu ke tayar spare tu? Sudah tentu lah perlu & teramat penting diwaktu kecemasan.
Macam tu juga buah sepasang buah pinggang yang Allah kurniakan sepasang...kalau gagal 1, insyaAllah 1 lagi masih ada untuk menjalankan tugas menapis segala kekotoran dalam badan.

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang 

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.


Kaedah mencegah penyakit ginjal
  • Jalani pemeriksaan ginjal.
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
  • Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...