Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Strok?
- Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
- Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).
- Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok.
- Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
- Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.
- Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
- Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).
Sumber : nasam
No comments:
Post a Comment