Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011

Gout


Gout...Gout...Gout....
Gout tidak mengenal usia & jantina. Sekali ia menyerang, hanya Allah dan pesakit yang menghidapnya sahaja yang tau betapa sakkiiiittttttttttttttt ia menyerang. Rasa membengkak dan panas...macam-macam.
Anda penghidap gout? Anda bekas penghidap gout? Belum kena gout? Orang sekeliling bercakap-cakap pasal gout.Tapi apa itu gout?

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk.

Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.


Sekarang anda sudah kenal serba sedikit tentang encik Gout. Tapi macam mana hendak tau ciri-cirinya?

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi.

Anda ada tanda-tanda gout?

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.



Gout mempunyai 4 peringkat:

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.



Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah "memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah "racun" yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb.

6. Elakkan memakan makanan ringan seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis.

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout.

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas.

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi.

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing. org/shenbingzhis hi/zixun04. asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan habbatussauda.

16. Amalkan berbekam


Bersabarlah dengan panyakit yang datang.Terima dengan hati yang redha dan terbuka. Setiap penyakit yang datang, ada rahmat disebaliknya. Melalui penyakit, mungkin Allah hendak menghapuskan dan kafarah dosa hambaNya, atau menambah pahala hambaNya, atau menaikkan darjat hambaNya. Allah lah sebaik-baik penentu segala sesuatu. Bersabar dengan segala ujian, insyaAllah hidup akan diberkati & dirahmati. InysaAllah

Wassalam

Monday, December 19, 2011

Anda Penghidap Migrain???


Arrrgghhh!!! Sakit kepala!!! Migrain!!!!
Tolong tutup lampu boleh tak??? Boleh tolong senyap tak???

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera.
Anda selalu menjerit-jerit & menderita sakit migrain? Saya faham apa yang anda lalui kerana saya juga kadang kala mengalaminya.
Sejauh mana yang anda faham tentang migrain anda? Apa yang anda buat bila setiap kali dia bertamu di kapala anda? Anda ada langkah pencegahan?

Migrain

Migrain berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migrain diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).

Punca

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan anda diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Terapi Bekam & Migrain

Di bahagian atas kepala (ummu mughits), caranya dengan mencukur rambut pada bahagian
yang akan dibekam. Bekam di kepala sangat efektif untuk terapi penakit migrain, vertigo, sakit kepala/maigrain, darah tinggi, stroke, suka mengantuk, sakit gigi, sakit mata, melancarkan peredaran darah, perbaikan sistem pertahan tubuh, dan lain-lain.


Pengalaman

Dari pengalaman saya sebagai jurubekam, 80% pesakit (termasuk isteri saya) yang mengidap migrain, hanya menjalani sekali terapi sahaja, dan migrain berlalu pergi seperti habuk ditiup angin!Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat perubatan cara Rasulullah S.A.W.
Ada yang 20% dengan 2 ke 3 kali terapi. Alhamdulillah atas ujian yang Allah turunkan untuk menguji hambaNya.
Titik bekam ini memerlukan pesakit untuk membotakkan kepala setompok atau keseluruhan kepala. Bagi lelaki, jangan risau akan ke"hensem"an anda, kerana anda akan menjadi lebih hensem dengan migrain yang berlalu pergi, insyaAllah.
Bagi pesakit wanita, yang bertudung insyaAllah tiada masalah.Tetapi bagi yang tidak bertudung, ada titik lain yang juga boleh menyembuhkan migrain, tetapi tidak se"efektif" di puncak kepala.
Walaubagaimanapun, kita hanya berusaha, Allah yang memberi keizinan untuk menyembuhkan.
Tetapi harus diingat!!!Ubat paracetamol @ pain killer bukan ubatnya!! Mengapa? anda perlu rujuk entri saya yang lalu. Klik disini atau disini.
InsyaAllah, panjang umur, kita berjumpa lagi. Salah dan silap saya, sila tegur.

Wassalam

Tuesday, December 13, 2011

Darah Tinggi & Bekam


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Entri pada kali ini ialah berkenaan darah tinggi @ hypertension & pengubatannya melalui terapi bekam.
Terlebih dahulu, jom kita berkenalan dengan Encik Hypertension.

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Dibawah ini carta tekanan darah untuk lebih faham mengenai tekanan adrah tinggi.


Punca

Kita sering bertanya, apakah punca darah tinggi? Dari mana datangnya darah tinggi?

1. Keturunan

Jika seseorang memiliki orang-tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras daripada yang kembar tidak seiras. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.

2.Usia

Penelitian menunjukkan bahwa apabila usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahawa tekanan darah anda waktu muda akan sama ketika anda bertambah tua. Namun anda dapat mengendalikan agar jangan melewati batas atas yang normal.

3.Garam

Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada sesetengah orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita darah tinggi ringan, orang yang berusia tua.

4.Kolesterol

Kandungan lemak yang berlebih dalam darah anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol anda sebaik mungkin. Cari tips mengendalikan kolesterol.

5.Obesiti / Kegemukan

Orang yang memiliki berat badan di atas 30% berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.

6.Stres

Stres dan keadaan emosi yang tidak stabil juga boleh mencetuskan tekanan darah tinggi.

7.Rokok

Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasaan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Oleh itu, kebiasaan merokok yang terus-menerus ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan mencetuskan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.

8. Kafein

Kafein yang terdapat pada kopi , teh maupun minuman bergas boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

9.Alkohol

Kandungan alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.

10.Kurang bersenam

Kurang bersenam dan bergerak boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Senaman teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi anda namun jangan melakukan senaman yang berat jika anda menderita tekanan darah tinggi.

Bekam

Bagaimana bekam boleh mengurangkan risiko & menghindari bekam?
Bekam secara kasarnya bermakna membuang darah kotor yang menyekat pengaliran darah & memberi saluran yang tersumbat darah yang baru serta oksigen.

Salah satu titik bekam yang efektif ialah "thibbun nabawi" yang mana di titik ini ia dapat mengurangkan risiko 72 jenis penyakit termasuk darah tinggi.


Walaubagaimanapun, sebagai pengamal terapi bekam & pesakit, kita hanya berusaha & kesembuhan itu adalah milik Allah s.w.t. InsyaAllah berkat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w, ia akan sembuh, insyaAllah. Lambat atau cepat, serahkan pada Allah.

Wassalam.

Wednesday, December 7, 2011

Kebas Kaki @ Foot Numbness


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Apabila anad membaca tajuk entri kali ni, "Kebas Kaki @ Foot Numbness", apa yang anda fikirkan? Apa yang anda faham? Apa yang ada dalam kepala anda? Apa yang anda faham?

Kaki kebas atau bahasa kampungnya, kaki semut-semut atau ada sesetengah tempat lain yang mengenali ia dengan kaki ular-ular. Sekarang anda faham? Bagus. Kerana saya cuba untuk menulis serba sedikit tentang permasalahan ini kerana saya juga mengalaminya! Hanya empunya badan dan Allah yang tahu macam mana rasa sakit ini. Tapi sebelum itu, kalau ada salah silap, sila tegur dan ingin saya nyatakan, saya tidak pandai, tetapi saya cuba untuk menjadi lebih pandai. InsyaAllah.

Ramai antara pesakit yang datang berjumpa saya mengadu, "Encik,saya tidak tahu kenapa apabila saya bersila, kaki saya kebas & saya perlu berlunjur untuk legakannya.Kadangkala saya perlu urut betis saya."
Itu antara soalan yang diajukan.Malah, banyak lagi, tetapi pokok pangkalnya  tetap sama. Kaki terasa kebas.
Kalau anda antara yang mempunyai masalah itu, cuba jawap soalan saya dibawah:

1. Anda rasa kebas kaki sebelah kiri atau kanan atau kedua-dua?
2. Anda ada rasa kebas pada mana-mana tangan?
3. Anda ada rasa sakit pinggang?
4. Anda pernah sakit pinggang?
5. Anda pernah terjatuh @ kemalangan @ terhentak yang melibatkan pinggang?

Jawapan nombor 1 hingga 4 hanya untuk diagnosis dan jawapan pada nmbor 5 ialah jawapan kenapa kaki anda kebas.





Anda lihat pada gambarajah diatas. Anda faham?
Saya cube terangkan serba sedikit. Gambarajah diatas ialah tulang belakang anda, saya dan semua manusia makhluk Allah. Lihat pada bahagian Lumbar, lupakan pada bahagian lain. Pada sistem tulang belakang manusia, bahagian Lumbar inilah yang paling kuat bekerja. Anda tak percaya?
Sekarang, pegang pinggang anda, cube gerakkan badan anda, menunduk, pusing pinggang kekanan, kekiri dan sebagainya. Kemudian cube pegang pada bahagian atas pinggang. Buat aktiviti yang sama. Rasa perbezaannya? Pada bahagian Lumbar ini, ada bahagian yang dipanggil L4 & L5. Lihat gambarajah dibawah.



Sekarang kita lihat lebih terperinci.
Bahagian L4 & L5 ini bersambung dengan sistem saraf pada tepi pinggul dan kaki.
Saya rasa sekarang anda tentu dapat "tangkap" punca kaki anda kebas dan kaitannya dengan sakit pinggang.
Tak perlu rasanya saya terangkan lebih mendalam kerana pakar saraf lebih arif tentang itu.

Kerana itu orang tua-tua berpesan pada saya,"jaga pinggang tu,nak pakai lama". Sekarang baru saya faham kenapa.

Disebalik itu, dapat kita renungkan sekelumit indah & uniknya ciptaan Allah yang digelar manusia.


Anda ada soalan? Emel saya bekam4u@gmail.com atau telefon / SMS / Viber / Whatsap @ 0193883258 untuk sebarang pertanyaan atau untuk temujanji terapi bekam.
InsyaAllah saya akan menjawab & melayan anda sebaik mungkin.


p/s: sila rujuk entri saya disini : http://bekam4u.blogspot.com/2012/10/kebas-kaki-kebas-tangan.html

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...