Pages

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.

Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.


Lokasi pusat rawatan kami :

Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


**Berhampiran Kolej Vokasional Dato Seri Md Zin, Alor Gajah**

Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :

Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm

Kepada mereka yang inginkan khidmat terapi saya atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di talian telefon dibawah.

Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc


---------------------------------------------------------------

Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami

Thursday, September 8, 2011



Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kurnia dan rahmatnya kita masih diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan menikmati segala nikmat yang dikurniakan bagi meneruskan perjuangan menyambung risalah Nubuwwah. Kita selaku dai’e yang berkecimpung di dalam lapangan dakwah ini haruslah mempunyai kestabilan kesihatan dari segi mental dan fizikal bagi membolehkan kelansungan dakwah itu berjalan dengan lancar. Jika tidak sihat bagaimana kita hendak berdakwah?

Rasulullah SAW telah bersabda:

العقل سالم فى الجسم سالم…

Kesihatan merupakan salah satu aspek terpenting selain ilmu, harta dan sebagainya kerana dengan kesihatanlah kita mampu mengendalikan sesuatu pekerjaan dengan lebih sempurna. Cuba kita perhatikan keadaan orang yang sakit, mereka terpaksa menanggung kesakitan yang dialami. Keadaan ini menyebabkan sesuatu amalan akan terganggu hanya disebabkan masalah kesihatan sahaja.

Di sini saya ingin berkongsi pandangan dengan saudara sekalian tentang salah satu kaedah perubatan Islam iaitu berubat dengan cara berbekam. Tahukah anda apakah itu bekam? bekam adalah salah satu perubatan yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya dalam mengubati pelbagai penyakit.

Sabda Rasulullah SAW:

روى الديلمى فى مسند الفردوس عن رول الله(ص)قال الحجامة تنفع من كل داء ألا فاحتجموا..

.

Seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari masa kesemasa.

Pengertian hijamah:terdapat dua pengertian yang terkandung didalam kalimah “hijamah” yang pertama dalam bahasa arab kalimah”hajama”yang membawa maksud “menyedut” iatu menyedut atau menghisap gumpalan darah ditempat yang tertentu dianggota badan.Adapun kalimah “hajjama” yang membawa maksud”menghalang”ataupun “mencegah” iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula.

Hijamah atau lebih dikenali sebagai bekam ialah salah satu pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau,gading gajah,batang buluh,gelas atau yang pling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci.


Jenis-jenis hijamah:

1)Hijamah jafah(جفة)

Iaitu kaedah sdutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:

a)Tetap : iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyebutnya tanpa digerakkan ketempat yang lain.

b)Bergerak : iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.


2)Hijamah rutbah(رطبة)

Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menorah pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kaedah ini

a)Perubatan : bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu pada waktu-waktu yang disarankan.

b)Pemeliharaan : bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.




Diantara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan kaedah berbekam

Lemah-lemah badan, demam, batuk, selesema, resdong, lelah, mudah pitam, migraine, rheumatism, bisul, sakit-sakit sendi atau otot, anemia, buasir, cirit birit, kencing tidak lawas, lemah tenaga batin, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, banyak tidur, sakit paru-paru, kurang glukosa dalam badan, virus C, untut, penyakit kulit, gemuk (berat badan berlebihan), tertalu kurus, membuka selera syahawat, otak lembab atau mudh lupa, mengaktifkan hormon pembiakan dan banyak lagi tidak disebutkan disini. Dan bagi wanita berbekam dapat mengubati masalah pening disebabkan masalah kitaran haidh, terputus haidh, perjalanan haidh tidak teratur, mengaktifkan ovum dan membesarkan payudara dan lain-lain lagi.


Tujuan berbekam

1) Menghidupkan sunnah dan menggalakkan kaedah perubatan yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

2)Membantu doktor dalam melakukan rawatan yang melibatkan darah,sisa-sisa toksik,racun,angin dan organ-organ dalaman dengan kaedah yang disarankan.

3) Mengembangkan dan melengkapkan lagi kaedah moden agar terpelihara daripada kekotoran dan jangkitan kuman dalam mengubati penyakit-penyakit yang mudah berjangkit.

4) Melengkapkan hasil kajian para pakar perubatan diseluruh dunia seterusnya menyebarkan keberkesanannya melalui media massa.

5) Memperkenalkan kaedah hijamah yang merupakan salah satu kaedah perubatan Islam yang penting dan memberikan sumbangan yang besar kepada dunia.


Faedah berbekam

1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.

2) Mengaktifkan peranan sel darah putih

3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.

4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.

5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.

6) Menambah kekuatan otot

7) Mengaimbangi daya tahan badan.

8 ) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.

9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...