Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
Pages
Nama saya Mohd Zaifan bin Mohd Rashid.
Kepakaran saya ialah memastikan kesihatan anda berada di tahap maksimum dan membantu meningkatkan taraf kesihatan anda ke tahap yang lebih baik.
Lokasi pusat rawatan kami :
Bt 15 1/2, Kampung Jelatang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Waktu perkhidmatan pusat rawatan kami :
Isnin - Ahad: 0900pg ~ 0630ptg
: 0900mlm ~ 1000mlm
Mohd Zaifan (Perawat lelaki) : 019-3883258 / 0132111668
Email : bekam4u@gmail.com
Website : www.bekam4u.blogspot.com
Fb : Rawatan Slipped Disc
---------------------------------------------------------------
Sila Like fanpage kami : http://www.facebook.com/BengkelTulangBelakangSendi untuk sebarang promosi dan soal jawab mengenai terapi kesihatan kami
Wednesday, September 21, 2011
SIJIL PENGIKTIRAFAN
Saya telah mengikuti kursus untuk bekam di Faculty of Homeopathy Malaysia. Saya sertakan Sijil saya untuk makluman tuan puan..( dah macam ayat nak tuleh dalam resume pulak..hahaha)
Tuesday, September 20, 2011
19 September 2011 - En.Muhammad Hawari & En.Fazrul Izwan
Malam tadi bertempat di rumah saya di Taman Damai Mewah, Kajang. 2 orang sahabat saya telah datang untuk menjalanii terapi bekam. Ini adalah percubaan kali pertama untuk kedua- dua orang sahabat saya ini. Dibawah ini kami siarkan sebahagian daripada gambar semasa sesi terapi bekam.
Sunday, September 18, 2011
17 September 2011- Encik Anuar dan Ibunya di Saujana Putra
Alhamdulillah pada pukul 4 petang semalam saya serta isteri telah selesai berbekam bersama dengan encik Anuar dan ibunya. Encik Anuar mengalami sakit sakit dibahagian leher dan belakang badan manakala ibu beliau mengalami sakit lutut dan juga di kawasan buku lali kaki. Atas sebab aurat wanita, gambar untuk bekam ibu beliau tidak akan kami siarkan di blog ini. Kami hanya akan menunjukkan gambar untuk bekam bagi pesakit lelaki. yang mana auratnya juga akan kami jaga..Insya Allah..
Friday, September 16, 2011
Cupping - Skin
Abu Hurayrah (may be pleased with him) narrated: The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “The best medical treatment you apply is cupping.” (Abu Dawud, Hadeeth 3852)The current dialogue on ‘blood-letting’ or cupping (hijama) is overly negative. It is described as being out-dated and barbaric or just plain useless and harmful. “Now, new research [2007 publication] indicates that – like so much else – the broad discrediting of bloodletting may have been a rush to judgment…” Although we are not in need of modern science to prove revelation, it is beneficial for us to know what modern science is saying about revelation, so as to better understand context and issues in a more comprehensive matter. In particular in this case since the social narrative goes against the Sunna, and it is now changing to be in agreement with what the Prophet (peace and blessings be upon him) taught over 1400 years ago.
“First of all, its now absolutely clear that bloodletting – or phlebotomy, as it’s known today – is the treatment of choice for hemochromatosis … It’s not just hemochromatosis, either – doctors and researchers are examining phlebotomy as an aid in combating heart disease, high blood pressure, and pulmonary edema … evidence suggests that, in moderation, bloodletting may have had a beneficial effect.” (p. 18)
Dr. Sharon Moalem (2007) Survival of the Sickest.
Manfaat bekam
MANFAAT BEKAM
Allah SWT berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 80, "Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan." Rasulullah saw. bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, "Setiap penyakit ada ubatnya, apabila tepat ubatnya maka sembuh penyakitnya atas izin Allah 'AzzawaJalla."
Bekam memiliki fadhilah tersendiri yang tidak dimiliki oleh pengubatan modern. Pada masa ini di antara keutamaannya adalah sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadits :
1. Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al-hijamah." (HR. Ahmad)
2. Rasulullah saw. bersabda, "Pengubatan yang paling sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah." (HR. Muslim)
3. Rasulullah saw. menyebutkan tiga pokok penyembuhan, "Kesembuhan boleh diperolehi dengan tiga cara yaitu sayatan pisau atau jarum bekam, tegukan madu dan sundutan api (kay / khay), namun aku tidak menyukai berubat dengan sundutan api (kay / khay)." HR. Bukhari - Muslim.
4. Dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw. bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al hijamah) karena ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot yang kaku dan mempertajam pandangan mata terhadap orang yang dibekamnya." HR.Tirmidzi.
5. Dari Ka`ab bin Malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya “apakah ini ?” Wanita itu menjawab “hadiah”. Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda “hentikan”, kemudian baginda bertanya kepada wanita itu, “Apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab “ya” Baginda bertanya lagi “mengapa?” wanita itu menjawab “aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi s.a.w. pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam…
6. Ibnul Qoyyim berkata “ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam”
7. Demikianlah antara bukti betapa besarnya kepentingan rawatan bekam terhadap kesihatan tubuh badan, sehinggakan Rasulullah melakukan rawatan bekam untuk mengelak dari keracunan dan turut memerintahkan para sahabat untuk berbekam agar terselamat dari racun yang diserapkan dalam daging kambing tadi.
8. Langkah paling utama untuk menangani orang yang sedang keracunan adalah dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.
Antara rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka, adalah dengan berbekam mengikut kaeda-kaedahnya. Sihir dan saka yang berasal dari gangguan jin, akan mengalir dalam salur urat darah sehinggalah menuju ke kepala, dan akan menghasilkan pelbagai halusinasi dan gambaran-gambaran yang menakutkan dan mengganggu pesakit. Maka, dengan berbekam dikawasan kepala (ubun-ubun & tengkuk) akan dapat merawat masalah tersebut.
Rawatan tubuh dengan cara berbekam memberi banyak kebaikan kepada manusia di antaranya ialah menjaga kesehatan tubuh, menghilangkan letih, lesu, meningkatkan daya tahan tubuh, membuang angin dalam badan, membuang darah yang mengandung sisa toxid (racun), sakit bahu, alergi, perut kembung, sesemut, asam urat, kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan (hipertensi), strok, sakit pmggang, ginjal, dll.
Keajaiban berbekam
KEAJAIBAN BERBEKAM
Darah bekam adalah darah yang dikeluarkan oleh juru bekam dari tubuh. Ada beberapa ciri darah bekam menakjubkan:
a) Teroksidasinya darah tanpa udara (anaerob).
b) Terpisahnya plasma dari darah.
c) Keluarnya plasma saja dari tempat yang dibekam.
d) Jika kita memasang dua gelas untuk meyedut darah, maka darah hanya mengalir keluar kepada satu gelas sahaja, sedangkan kedua dua gelas itu bersebelahan.
e) Perbandingan hasil pemeriksaan makmal diantara darah yang berada dalam pembuluh darah dengan darah yang keluar kerana bekam, para doktor dikejutkan oleh kenyataan ilmuwan Damaskus, Muhammad Amîn Syaikhu dalam artikel ilmiahnya yang luar biasa tentang bekam dan rahsia umum tentang mekanisme kesembuhan yang diperoleh dari praktik berbekam.Bekam membersihkannya tubuh dari darah rosak yang menghalang perjalan fungsi-fungsi dan tugas-tugas tubuh secara sempurna, sehingga tubuh menjadi mangsa empuk bagi berbagai penyakit.
f) Untuk mengungkap makna kalimat ini “membersihkan tubuh dari darah rosak”, satu kumpulan penyelidik makmal telah meneliti darah yang keluar dari titik-titik bekam (yaitu dari tengkuk) secara makmal dan membandingkannya dengan darah pembuluh biasa. Daripada sejumlah besar orang yang telah dibekam berdasarkan prinsip-prinsip bekam yang sebenar, darah tersebut dilihat dari hasil penelitian makmal sebagai berikut :
i. Bahwa darah bekam mengandung seper-sepuluh kadar sel darah putih (lekosit) yang ada di dalam darah biasa. Itu terlihat dalam seluruh kes yang diteliti, tanpa ada pengecualian. Fakta ini sungguh menghairankan para penkaji, bagaimana darah bisa keluar tanpa disertai keluarnya sel-sel darah putih? Fakta ini menunjukkan bahwa terapi bekam tetap melindungi dan sekaligus menguatkan unsur-unsur sistem kekebalan.
ii. Berkenaan Eritrosit (sel darah merah), semua sel darah merah memiliki bentuk yang aneh, artinya sel-sel tersebut tidak mampu melakukan aktiviti, di samping juga menghambat sel-sel lain yang masih muda dan aktif. Ini menunjukkan bahwa proses bekam membuang sel-sel darah merah yang rusak dan darah yang tidak diperlukan lagi, seraya tetap mempertahankan sel-sel darah putih di dalam tubuh. Sedangkan fashd menyebabkan hilangnya komposisi darah yang bermanfaat bersama sel-sel darah merah yang hendak dibersihkan.
iii. Kapasiti ikatan zat besi dalam darah bekam lebeh tinggi (550-1.100), satu hal yang menunjukkan bahwa bekam mempertahankan zat besi yang ada di dalam tubuh tidak ikut keluar bersama darah yang dikeluarkan dengan bekam sebagaimana penggunaan zat besi tersebut dalam pembentukan sel-sel muda yang baru.
iv. Kandungan sel darah merah maupun sel darah putih dalam darah bekam tinggi sekali. Ini menunjukkan bahwa proses bekam berhasil mengeluarkan semua kotoran, sisa, dan endapan darah sehingga mendorong kembali aktifnya seluruh sistem dan organ tubuh.
Wednesday, September 14, 2011
SOALAN-SOALAN LAZIM
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.
3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam.
4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fifkalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 1 jam atau 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan untuk tidak makan 1jam atau 2 jam selebelum berbekam.
13 September 2011- En.Ahmad Nizam,Kelana Jaya
Alhamdulillah semalam selepas mahgrib,berbekalkan beg jebon En.Ahmad Nizam telah selamat di
Pesakit mengalami sakit-sakit dibelakang badan. Semoga dengan izin Allah beliau akan sembuh dan dapat bekerja dengan gembira.
Ini adalah point sunnah nabi |
Monday, September 12, 2011
11 September 2011 - Bangi, Seksyen 7
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada tarikh berkenaan telah selamat berkunjung ke rumah pesakit di Seksyen 7 Bangi jam 6ptg sambil beraya.hehe.
Pesakit mengalami pening kepala, sakit badan & sakit pinggang.
Alhamdulillah, sesi perubatan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Diharap pesakit sembuh sepenuhnya dengan izin Allah, insyaAllah
Thursday, September 8, 2011
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kurnia dan rahmatnya kita masih diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan menikmati segala nikmat yang dikurniakan bagi meneruskan perjuangan menyambung risalah Nubuwwah. Kita selaku dai’e yang berkecimpung di dalam lapangan dakwah ini haruslah mempunyai kestabilan kesihatan dari segi mental dan fizikal bagi membolehkan kelansungan dakwah itu berjalan dengan lancar. Jika tidak sihat bagaimana kita hendak berdakwah?
Rasulullah SAW telah bersabda:
العقل سالم فى الجسم سالم…
Kesihatan merupakan salah satu aspek terpenting selain ilmu, harta dan sebagainya kerana dengan kesihatanlah kita mampu mengendalikan sesuatu pekerjaan dengan lebih sempurna. Cuba kita perhatikan keadaan orang yang sakit, mereka terpaksa menanggung kesakitan yang dialami. Keadaan ini menyebabkan sesuatu amalan akan terganggu hanya disebabkan masalah kesihatan sahaja.
Di sini saya ingin berkongsi pandangan dengan saudara sekalian tentang salah satu kaedah perubatan Islam iaitu berubat dengan cara berbekam. Tahukah anda apakah itu bekam? bekam adalah salah satu perubatan yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya dalam mengubati pelbagai penyakit.
Sabda Rasulullah SAW:
روى الديلمى فى مسند الفردوس عن رول الله(ص)قال الحجامة تنفع من كل داء ألا فاحتجموا..
.
Seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari masa kesemasa.
Pengertian hijamah:terdapat dua pengertian yang terkandung didalam kalimah “hijamah” yang pertama dalam bahasa arab kalimah”hajama”yang membawa maksud “menyedut” iatu menyedut atau menghisap gumpalan darah ditempat yang tertentu dianggota badan.Adapun kalimah “hajjama” yang membawa maksud”menghalang”ataupun “mencegah” iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula.
Hijamah atau lebih dikenali sebagai bekam ialah salah satu pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau,gading gajah,batang buluh,gelas atau yang pling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci.
Jenis-jenis hijamah:
1)Hijamah jafah(جفة)
Iaitu kaedah sdutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:
a)Tetap : iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyebutnya tanpa digerakkan ketempat yang lain.
b)Bergerak : iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.
2)Hijamah rutbah(رطبة)
Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menorah pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kaedah ini
a)Perubatan : bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu pada waktu-waktu yang disarankan.
b)Pemeliharaan : bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.
Diantara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan kaedah berbekam
Lemah-lemah badan, demam, batuk, selesema, resdong, lelah, mudah pitam, migraine, rheumatism, bisul, sakit-sakit sendi atau otot, anemia, buasir, cirit birit, kencing tidak lawas, lemah tenaga batin, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, banyak tidur, sakit paru-paru, kurang glukosa dalam badan, virus C, untut, penyakit kulit, gemuk (berat badan berlebihan), tertalu kurus, membuka selera syahawat, otak lembab atau mudh lupa, mengaktifkan hormon pembiakan dan banyak lagi tidak disebutkan disini. Dan bagi wanita berbekam dapat mengubati masalah pening disebabkan masalah kitaran haidh, terputus haidh, perjalanan haidh tidak teratur, mengaktifkan ovum dan membesarkan payudara dan lain-lain lagi.
Tujuan berbekam
1) Menghidupkan sunnah dan menggalakkan kaedah perubatan yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
2)Membantu doktor dalam melakukan rawatan yang melibatkan darah,sisa-sisa toksik,racun,angin dan organ-organ dalaman dengan kaedah yang disarankan.
3) Mengembangkan dan melengkapkan lagi kaedah moden agar terpelihara daripada kekotoran dan jangkitan kuman dalam mengubati penyakit-penyakit yang mudah berjangkit.
4) Melengkapkan hasil kajian para pakar perubatan diseluruh dunia seterusnya menyebarkan keberkesanannya melalui media massa.
5) Memperkenalkan kaedah hijamah yang merupakan salah satu kaedah perubatan Islam yang penting dan memberikan sumbangan yang besar kepada dunia.
Faedah berbekam
1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.
2) Mengaktifkan peranan sel darah putih
3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.
4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.
5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.
6) Menambah kekuatan otot
7) Mengaimbangi daya tahan badan.
8 ) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.
9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya
Tips berbekam
Tarikh Utama berbekam
Rasulullah SAW memberi contoh untuk berbekam pada pertengahan bulan, yaitu tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah. Berbekam di tanggal ini lebih utama karena pada saat itu darah sedang bergejolak dan baik sekali untuk dikeluarkan darah kotornya. Berbekam di tanggal teresebut dapat dijadikan agenda rutin berbekam dalam rangka menjaga kesehatan. Sedangkan untuk terapi pengobatan dapat dilakukan sesuai kebutuhan.
Hari Terbaik untuk Berbekam
Hari yang dianjurkan untuk berbekam menurut Hadth Rasulullah saw adalah :
1.Hari Isnin
2.Hari Selasa
3.Hari Khamis
Hari yang sebaiknya tidak berbekam
1.Hari Rabu
Hari yang boleh saja berbekam
1.Hari Jumat
2.Hari Sabtu
3.Hari Minggu
Jam terbaik untuk berbekam
1.Yang paling utama adalah pagi hari sebelum makan, karena tubuh pada saat itu masih fresh dan siap dibekam.
2.Waktu yang lain boleh saja berbekam
Waktu yang Sebaiknya jangan dulu berbekam
1.Langsung Sehabis Makan (harus ada jeda minimal setengah jam, karena setelah makan, tubuh mencurahkan sebagian besar darah ke organ pencernaan untuk mencerna makanan)
2.Sedang haid untuk wanita.
Apa itu Berbekam?
Berbekam adalah terapi penyembuhan dengan mengeluarkan darah dari titik-titik tertentu menggunakan alat hisap berupa kop angin, tanduk ataupun gelas kaca. Terapi ini manfaatnya untuk merangsang badan kita agar bisa menyembuhkan dirinya sendiri. Badan kita ini ternyata sudah dilengkapi dengan sistem canggih untuk perbaikan dan pengobatan secara alami dengan sendirinya. Bekam merangsang agar proses penyembuhan ini terjadi lebih cepat.
Bagaimana Cara kerja Bekam menyembuhkan penyakit?
Terapi bekam dapat menyembuhkan karena secara dasarnya tubuh manusia sudah punya sistem penyembuhan diri yang alami tanpa harus diobati dengan zat asing, obat kimia buatan apapun selain yang berasal dari alam. Sebab secara alamiah pada basic-nya badan kita hanya bisa bereaksi dengan baik dan aman hanya dengan bahan pengobatan yang alami juga.
Faedah mengamalkan Bekam bagi kesehatan
Terapi Bekam Alhijamah ini berguna bagi seluruh kesehatan badan kita. Terapi dengan bekam ini dapat berkhasiat untuk pengobatan maupun untuk menjaga kesehatan diri sehari-hari. Seseorang yang rutin dikeluarkan darah kotornya menggunakan metode bekam akan menjadi terbebas dari racun-racun zat kimia yang masuk kedalam tubuh. Racun yang biasanya selalu mengganggu fungsi organ dalam tubuh kita dibuang sehingga menjadikannya beraktifitas sebagaimana seharusnya. Organ tubuh yang berjalan normal tentu saja menjadikan kesesluruhan tubuh kita sehat wal afiat dan mampu bekerja secara luar biasa.