Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang
minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi
banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.
Masalah
ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia,
bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang
minum menggantikan semula air yang hilang.
Batu karang terbentuk dalam buah pinggang.
Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi
menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan
najis.
Faktor Risiko
Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :
*
Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing
menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih
mudah mengalami masalah batu karang.
* Sejarah keluarga atau
sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor
keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang
berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat
batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh
berulang.
* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
*
Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah
penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina
terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang
ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi
juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang
mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam
darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
* Kesan
sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh
meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol
boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet
kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada
masalah ini.
* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak,
jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana
aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih
kalsium ke dalam darah.
Pencegahan
Masalah batu karang boleh dielakkan dengan
mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah
mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan
makanan yang kaya asid urik atau purin.
Gejala
Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di
bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala,
kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran
tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi
dalam masa antara 5 hingga 15 minit.
* Apabila batu karang ini
berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang
dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah.
Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
* Air kencing berdarah.
* Air kencing keruh dan berbau busuk.
* Mual dan muntah.
* Sentiasa terasa hendak kencing.
* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).
ODT / Oxidant Drainage Therapy Untuk Penyembuhan Total.
Oksidan / radikal bebas yang berkumpul didalam tubuh manusia menghalang pengaliran darah yang bernutrisi untuk dihantar ke organ-organ tertentu & secara tidak langsung, batu karang terbentuk secara perlahan-lahan.
Dengan cara ODT, batu karang dapat dikeluarkan secara alami, iaitu melalui air kencing.
Berikut adalah testimonial yang dapat disembuhkan dengan asbab ODT
Hubungi saya, Mohd Zaifan di 0193883258 untuk sesi rawatan ODT, insyaAllah untuk semua jenis penyakit kronik & kritikal, untuk lelaki & wanita, muslim & non-muslim ni Seri Kembangan dari pukul 10pg ~ 10mlm 7 hari seminggu.