Merawat Angin Uluran
Penyakit uluran atau angin yang berlebihan mungkin akan menyerang
seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap
sejuk. Ini boleh menyebabkan angin berlebihan di dalam perut. Angin
yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di
dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus yang
terlalu cepat. Angin inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami
sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan
sebagainya.
Sakit Uluran terbahagi kepada 4 jenis:
1. ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan lelaki.
Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik
ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami
sakit kepala. Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan
berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah
tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang
kosong di bahagian sendi dan boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.
2. ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan
dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat.
Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.
3.
ULURAN LENDIR - Sakit ini berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak
teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah
pinggang. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu
mengidap sakit buah pinggang.
4. ULURAN DARAH - Ia juga
dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika
seseorang itu terlalu banyak berfikir. Darah panas akan naik ke kepala
menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.
Tanda-Tanda:
1. Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
2. Tapak kaki menjadi sejuk pada siang atau malam hari.
3. Selalu mengalami sakit kepala.
4. Kerap kencing.
5. Kebas kaki dan tangan.
6. Sembelit.
7. Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan atau meminum yang sejuk.
Rawatan:
1.Selalunya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang Melayu
untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.
2. Elakkan memakan atau meminum bahan-bahan yang sejuk.
3. Bebekam; dengan izin Allah, insyaAllah kaedah ini adalah paling mujarab untuk merawat sakit uluran.
1. ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan lelaki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi dan boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.
2. ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.
3. ULURAN LENDIR - Sakit ini berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.
4. ULURAN DARAH - Ia juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Darah panas akan naik ke kepala menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.
Tanda-Tanda:
1. Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
2. Tapak kaki menjadi sejuk pada siang atau malam hari.
3. Selalu mengalami sakit kepala.
4. Kerap kencing.
5. Kebas kaki dan tangan.
6. Sembelit.
7. Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan atau meminum yang sejuk.
Rawatan:
1.Selalunya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.
2. Elakkan memakan atau meminum bahan-bahan yang sejuk.